Monday, December 1, 2008

Marketing and unchartered zone..

It has come to my notice, events do happen, but the differences are in what, when, why, and how. If you talk about the thrill in `makan,' I think the thrill is no longer there, unless `makan dalam kapal terbang' atau `makan sambil terbang', haha. Atau makan selepas kena di denda.

Sebenarnya apa yang nak saya cakapkan ada kaitan dengan bidang pemasaran dan juga ada kaitan dengan perjalanan hidup seseorang.Pasal pemasaran dulu ye..

Bidang pemasaran sebenarnya penuh dengan cerita lama tetapi lain masa, lain hari, lain waktu, lain tempat, dan lain duit menyebabkan baru itu jadi baru atau jadi lama. Cuba bayangkan keperluan seribu orang, dan mengambil kira apa yang saya sebutkan tadi, pasaran untuk barangan dan perkhidmatan amat terbuka dan luas sekali.

Bagi sesuatu kehidupan pula, seseorang itu sentiasa menginginkan perjalanan atau pengalaman yang boleh dikategorikan sebagai `unchartered zone' atau tempat yang tak pernah diteroka dan sudah tentu dinanti nanti jika ada peluang untuk mengalaminya buat pertama kali. Penerokaan ini tidak hanya berkaitan dengan kehadiran fizikal seseorang tetapi juga mencakup pengalaman keseluruhan deria kita.

Lantas menyedari hakikat tersebut, pengeluar akan berusaha mempelbagaikan perkhidmatan pengeluaran mereka kerana dimensi keperluan dan pemilikan tidak ada penghujungnya.

Itulah pemasaran dan itulah kehidupan. Always on the look out for something `new.'

No comments: