Ada orang hanya menunggu hari berlalu. Bila hari berlalu maka dapatlah apa yang dipuja. Kalau kereta baru yang di idamkan, maka penantian merupakan satu penyeksaan kepadanya. Ini kerana dalam penantian itu, segala pengetahuan lain yang harus dan patut dipetik dan dimiliki telah diketepikan begitu sahaja kerana keghirahan yang menggila. Kalaulah kereta itu kereta yang ada nama (berjenama), maka dalam penenatian tadi timbul perkara perkara yang ada kaitan dengan perangai seorang `periak' (riak dan takabur).
Orang muda (tidak terkecuali juga orang tua) selalunya terjebak dengan riak peristiwa yang palsu. Penantian dan mainan mereka amat banyak sekali sehingga ramai diantara mereka lupa bumi yang kita pijak ini keras dan tidak punya pandu arah. Bumi yang dipijak tidak menjanjikan kestabilan berpanjangan dan berterusan dan berkemungkinan retak itu memang ada dan akan berlaku bila bila. Ini terbukti dengan terjadinya peristiwa runtuhan tanah di bukit antarabangsa Kuala Lumpur.
Rahsia tersingkap di sebalik tabir hari. Di sebalik tabir hari tidak menjanjikan senyuman seseorang akan berterusan hingga kehari esok. Bagi mereka yang berfikir, melihat gelagat manusia yang beranika rupa dan perangai, mereka optimis, pelajaran tidak hanya dibangku sekolah, tetapi berlanjutan dimana jua kita akan berada.
Allah Yang Maha Besar lagi Mengasihani, terselit di setiap peristiwa adalah berupa pengajaran yang akhirnya mendedahkan rahsia sebenar di sebalik tabir hari..
No comments:
Post a Comment