Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, March 15, 2010
Rapuh..
Rapuh. Mari kita amati istilah rapuh ini. Apa yang sebenarnya memiliki ciri rapuh ini? Kerapuhan sesuatu itu hanya cepat pada hati dan perasaan. Jauh sekali dari sudut fizikalnya. Hanya semalam aku telah dihubungi oleh seseorang yang membawa pengertian rapuh ini. Walaupun sudah beberapa lama tidak berhubung, kerapuhan hanya dirasa pada hati. Tetapi apabila dia menghubungi saya semula, amat dirasai sekali kehadiran dia dalam bentuk fizikal ini. Lantas perhubungan itu tetap utuh, unggul dan mantap apabila satu satu pihak mengambil inisiatif menghubungi seseorang semula. Inilah merupakan sebahagian dari rahsia kehidupan manusia berekonomi dan bermasyarakat. Tak kenal maka tak cinta. Alam semesta adalah amat utuh sekali struktur kejadiannya. Tetapi di sudut pemikiran dan perasaan, ianya amat rapuh sekali. Ini kerana kita tidak pernah berkomunikasi dengan setiap elemen dalam alam semesta ini. Kita hanya pandai pandang dan lihat, tak kiralah apa. Yang ghaib mahupun yang tidak. Pendek kata, kita tidak memiliki pengetahuan yang jitu terhadap setiap kejadian elemen tersebut. Jadi bagaimana hendak menyelesaikan masalah rapuh dan perhubungan ini? Bacalah. Dan anda menjadi orang yang lebih mengetahui. Bertanyalah. Dimanakah terletak kerapuhan pemikiran dan perasaan aku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment