Sunday, November 30, 2008

Isu yang mudah diselesaikan.. kita adalah sebahagian dari kehidupan..


Banyak masalah di dunia ini berpunca dari rasa`ketepencilan' yang dianggap melampau atau keterlampauan., sengaja atau tidak disengajakan. Adakah ini merupakan lumrah kehidupan atau hanya satu persepsi diri yang selalunya susah nak dipraktik dan diluahkan?

Sebenarnya ada banyak peristiwa yang boleh dikupaskan dan mengambil semangat penampakan yang saya sebutkan tadi. Tapi blog saya bukan merupakan blog yang serius yang boleh dijadikan `bahan rujukan aktiviti ilmiah' tetapi sekadar lontaran `ilham yang terasa' sewaktu hendak bangun dari tidur. Jadi agak memadai dengan kupasan dari dua peristiwa ini.

Former Universiti Malaya vice-chancellor Datuk Rafiah Salim describes the way the Higher Education Ministry treated her as "sedikit kurang ajar" (somewhat disrespectful).

Isu yang dibawa oleh bekas VC Univeristy Malaya sebenarnya ada persamaan dengan peristiwa `Mumbai siege.' Isu Rafiah adalah isu `keterpencilan' dari sudut diri atau hal peribadi. Apa selama ini setelah sekian lama duduk di Malaysia masih lagi tidak memahami dengan budaya kerja orang Malaysia kita? Unsur `manusia' tidak ada dalam kamus etika perkhidmatan di Malaysia, baik di peringkat bawah mahupun di peringkat atas. Tetapi dalam pada itu `unsur kemanusiaan' merupakan yang sangat di titik beratkan.`Apa peduli' atau `peduli apa' merupakan ungkapan kata yang selalu diperkatakan dalam diam diam. Kita hanya akan mengambil peduli apabila sesuatu perkara itu dihebohkan. Ini hal kemanusiaan. Tapi dalam banyak perkara, kalau tidak dihebohkan, ianya adalah sangat bertepatan dengan hal seseorang itu sebagai manusia. Lantas diucapkan, `hanya Allah sahaja yang Mengetahui.' Tapi tanpa usaha berubahkah kita?

Jadi dalam diam atau dengan berdiam diri, ramai kita menjadi mangsa kepada `isu keterpencilan' ini. Sebagi menggambarkan `bersatu kita maju, dan bercerai kita lesu' tidak hairanlah berlakunya peristiwa `Mumbai seige' yang mana selepas ini usaha ke arah pembaikan dasar akan dilakukan. Begitu juga dengan hebohan Datuk Rafiah ini, usaha ke arah pembaikan pentadbiran perlantikan akan dilakukan. Isu Rafiah adalah isu pentadbiran yang mana amalan nya memang sudah begitu sekian lama. Datuk Rafiah membawa soal kerjanya dan persepsi cucu terhadapnya dikemudian hari..hahah..Saya merasakan ini soal remeh, dan sudah tentu ramai yang akan mentertawakannya. Jika dibandingkan dengan pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, `what she experienced is nothing compared to what other successful leaders has suffered.' Nelson Mandella is another good example of `humanity' and `human' atau `manusia' dan `kemanusiaan.'

Dalam diam dan berdiam diri kita akan dimusnahkan. Bersatulah dalam bentuk yang bersesuaian dan diterima supaya isu `manusia' akan mendapat pembelaan yang sepatutnya.

No comments: