Monday, August 3, 2009

Bila Larut Malam...

maka tertulislah khazanah penulisan ini. Aku melihat tulisan ini sebagai satu tulisan yang berusaha mendekati diri. Mengapa selama ini tidak aku mendekati dan mengenal diri aku sendiri? Sebenarnya perjuangan mendekati diri adalah perjuangan yang berpanjangan dan mengambil masa puluhan tahun sebelum kita betul betul kenal diri kita. Bayangkan kisah demi kisah dari hujung benua ke hujung benua yang lain, hanya di saat saat akhir hidup seseorang itu barulah mereka dapat mengenal siapa diri mereka sebenarnya. Psikologi diri adalah merupakan perkara yang tertutup dan tidak mudah difahami. Apa yang kita nampak hanya perkara yang ada kaitan dengan luaran sahaja sedangkan jawapan kepada sesetengah jawapan adalah datangnya dari dalam diri seseorang. Sememangnya apa yang diluar lebih senang dan seronok di pandang, sedap di dengar, dan dapat dirasai kelazatannya. Tetapi tidak ada mata yang dapat menjengok kecelaruan yang berlaku di dalam. Lantas ramai yang ambil jalan pintas dengan tidak mempedulikan apa yang ada dan sedang berlaku di dalam diri sendiri dan hanya memberi penumpuan kepada apa yang lazim berlaku di luar. Itu lebih mudah. Mereka lupa bahawa apa yang mereka nampak dengan mudahnya selama ini rupanya perangkap. Dan amat malang sekali apabila ianya hanya disedari bila malam sudah begitu larut...

2 comments:

HambaMaya said...

sdr tualang3,

dalam mengenal diri, kadang2 hamba keliru akan mana yang benar dan mana yang salah.. tak tahu nak meletakkan diri ini di mana, kerana pemerhatian, beralaskan akal ini seringkali menolak tanggapan yang tidak cocok dengan idea sendiri..

Hamdan said...

Saudara,

Pemikiran begitu sudah cukup kuat untuk dijadikan premis gerak gempur seterusnya. Dalam mengenal diri siapa saudara, pemikiran begitu adalah merupakan permulaan yang baik. Teruskan walaupun dalam mencari hujung banyak kekeliruan yang akan ditempuhi. Pokoknya teruskan berfikir walaupun ia mengundang kekeliruan.