Telah ku fikirkan semasa aku belajar di USA dulu, memahami sesuatu adalah tugas dan hak aku sebagai pelajar. Di fikirkan balik, tak ada profesor di sana yang benar benar membuat aku faham. Usaha untuk memahami sesuatu mestinya datangnya dari aku. Teringat di mana aku tidak memahami kursus tertentu aku berushaha mendapat buku rujukan dari library dan di susuli dengan membeli buku pula dari kedai buku hanya untuk mendapat laluan fikir pertama atau `the right knowledge perspective' ke arah kefahaman keseluruhan sesuatu itu.
Dirasakan sebagai pensyarah di sini, aku pulak berusaha bersungguh sungguh untuk membuat mereka faham apa yang diajar. Tak perlu dan tak mungkin. Usaha adalah terletak pada mereka, 90%. Mereka yang berpotensi untuk memahami segala-galanya. Mengapa aku? Mereka punya masa dan waktu dan juga wang ringgit dan perpustakaan yang hebat untuk mendapatkan bahan rujukan. Lantas kefahaman kepada sesuatu itu disebabkan pelbagai dimensi. Tetapi pemberat kepada keseluruhan dimensi itu adalah berpihak kepada pelajar itu sendiri. Justeru itu sesebuah gedong ilmu itu akan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang jika pelajar itu sendiri berusaha ke arah kecapaian setinggi langit segala jenis ilmu yang dipilih, dibayar, dan diikuti untuk bekalan masa depan mereka.
1 comment:
dan akhirnya, mungkin juga itu tugas pengajar untuk membuat mereka faham betapa penting untuk mereka memahami sendiri apa yang diajar?
Post a Comment