Friday, August 7, 2009

Hidup Penuh Berdimensi...

Difikirkan ramai antara kita yang menyerupai satu sama lain dalam percakapan, perkataan yang diungkapkan, dan perbuatan yang dilakukan. Pada kasarnya tidak ada apa yang tersembunyi. Lantas kita tidak menemui sebarang masalah dengan orang lain. Walaupun semuanya ada persamaan, tetapi lain ceritanya jika dijengok dari sudut firasat hati dan batin. Sebagai manusia yang telah dilahirkan di dunia dalam keadaan yang tersendiri maka kita adalah kita. Seorang pemotong rumput akan mungkin terasa terperangkap dan menyumpah kerja yang dilakukan hariannya. Apa bezanya dengan pekerja lain yang ditugaskan kepada perkara yang mungkin dia suka atau tidak? Sebenarnya hidup ini jangan ditengok dari satu dimensi sahaja. Walaupun kita melakukan tugas yang berbeza tetapi kesemua kita bergerak ke arah matlamat yang sama. Walauapapun kita lakukan, kita semua mesti merasa megah akan keberhasilan apa sahaja disebabkan oleh titik peluh kita semua. Bersatu kita maju dan kita tidak boleh sama sekali melihat tugas itu sendirian walaupun kita sendiri melakukannya. Tetapi mengapa ada sahaja konflik yang berlaku? Apakah konflik yang melanda mereka?

Hidup ini sangat berdimensi. Dua orang yang memegang tugas yang sama tidak sama sekali beranggapan tugas mereka sama. Laungan `saya akan tolong awak semua' tidak menjanjikan datangnya dari semangat yang sama. Bagi si A mungkin cakap nya hanya merupakan satu kesombongan dan pembohongan. Tidak pula dengan si B yang mana cakpanya adalah merupakan ibadah dan akan lakukan apa sahaja walaupun dirinya terkorban. Kalau di kategori kan dua orang ini, siapa hamba dan siapa raja? Sudah pasti Si A telah menjadi hamba kepada kedudukannya, pangkatnya, rumahnya dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedudukannya. Lantas pembohongan dan kesombongan adalah merupakan satu kebiasaan kepada orang yang hanya cintakan harta dunia. Tetapi bagi Si B, dia lebih tenang kerana dia adalah raja kepada tugasnya. Sebagai raja, dia hanya memikirkan kebajikan rakyat yang benar benar mermerlukan pertolongan. Lantas hidup si B akan lebih menampakan cinta kepada kesejahteraan ummah berbanding dengan Si A yang hanya cintakan diri sendiri.

Berbalik kepada cerita si pemotong rumput tadi, kalau dia memiliki semangat kategori Si B sudah pasti hidup nya penuh kebahagiaan kerana kehidupan yang begitu pun akan membawa kesejahteraan kepada semua orang. Walaupun dia pemotong rumput, dia juga seorang raja!

Hanya kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita meminta pertolongan.

1 comment:

HambaMaya said...

Again, you are right when you are right!! hehehe.. like this entry..