Nama besar di USA dan tiada negara di dunia ini tidak mengenali beliau yang terkenal kerana kelantangan bersuara demi "fairness and opportunity, and world peace". Dalam erti lain Edward Kennedy memperjuangkan `keadilan, peluang, dan keamanan sejagat'. Itu lah Senator Edward Kennedy yang telah menjadi Senator sekian lama sejak tahun 1962 lagi. He died yesterday at the age of 77 because of brain cancer. Beliau meninggal dalam usia 77 tahun kerana mengidap barah otak. Beliau merupakan adik kepada President John F Kennedy dan Robert Kennedy. Kedua dua abangnya menemui ajal ditembak mati. JFK ditembak di Dallas pada tahun 1963 semasa membuat lawatan kesana dan Robert Kennedy di tembak di sebuah hotel semasa berkempen bagi pencalonan jawatan Presiden beberapa tahun tidak lama selepas itu. Lantas Senator Edward Kennedy telah membatalkan hasratnya beberapa kali untuk bertanding sebagai presiden Amerika Syarikat kerana takut peristiwa yang menimpa kedua dua abangnya akan menimpanya pula. Keluarga Kennedy merupakan keluarga yang ternama dan kaya raya di Massachusettes hasil dari perusahaan minyak bapa mereka Joseph Kennedy. Kekayaan inilah yang membawa mereka ke puncak kedudukan yang dihurmati dan jawatan yang tertinggi di Amerika Syarikat. Dalam kempen pemilihan presiden Amerika baru baru ini, Senator Edward Kennedy adalah merupakan penyokong kuat pencalonan Presiden Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Obama sangat sangat berterima kasih kepada Edward Kennedy kerana sokongan itu.
Semasa saya sekeluarga membuat lawatan ke Washington D.C. pada tahun 1984, kami telah dibawa ke National Arlington Cemetery, di mana terdapat kuburnya J.F. Kennedy yang mana tertulis diatasnya `Don't ask what the government can do for you, but ask what you can do for the government'. Telah diputusakan kubur Edward Kennedy akan bersebelahan dengan kubur abangnya J.F. Kennedy.

P.S. National Arlington Cemetery telah dijadikan produk pelancongan dan tahun ini didapati pengunjung ke sana telah berkurangan.
No comments:
Post a Comment