Mengapa manusia begitu angkuh dengan kedudukkan yang tinggi menyebabkan sapaan dan yang dijengok hanya kepada yang kaya, berstatus dan berpangkat sahaja? Ramai yang berpura pura dengan perasaan dan rasa yang sedemikian. Seperti juga wabak H1N1, ianya sudah menular. Ramai telah dijangkiti. Sehingga hari ini seramai 56 orang telah meninggalkan dunia.
Kehidupan telah dikejutkan dengan asas penghidupan yang baru bukan untuk kebaikan tetapi keburukan. Sebagai orang akademik, kita mesti menyedarinya dan mesti memahami penyebabnya.Tidak ada yang kekal dalam kehidupan ini. Tetapi keteguhan rasa memiliki sesuatu ini menyebabkan manusia telah sanggup membuat apa sahaja untuk mempertahankan benda yang rapuh ini. Yang berkuasa merasai mereka memiliki segala-galnya. Yang miskin pula merasai mereka tidak memiliki apa apa. Kedua dua senario itu adalah merupakan perakara yang tidak baik. Yang kaya akan melakukan sesuatu yang memperkecilkan orang miskin. Dan yang miskin akan menghormati orang kaya seolah olah mereka dewa turun dari kayangan.
Lantas senario bagaimana yang dianggap baik dan boleh menjadi contoh? Islam merupakan agama yang mengajar kita bersedarhana dalam segala galanya. Merasai pemilikan apa apa pun hanya merupakan amanah Allah baik kepada mereka yang kaya mahupun yang miskin. Lantas dunia akan lebih menjadi aman kerana keadilan itu datangnya dari kekuasaan Allah yang Maha Besar lagi Berkuasa kepada Segala kejadian.
2 comments:
risau dengan perkembangan h1n1 nih... mcm xder penyelesaian..
insyaALLAh de penyelesaiannya....
Post a Comment