Dah masuk bulan Ogos. Sedar tak sedar bulan ini kita akan menghadapi bulan puasa. Dulu dulu kalau nak mula berpuasa rasa berat je..sekarang tak sabar sabar nak memulakan hari untuk berpuasa. Bulan puasa sememangnya banyak membawa manfaat kepada hidup harian kita. Kita akan lebih berdisiplin dalam soal makan dan menyelesaikan kerja dan masalah. Kalau bulan bulan sebelum ini banyak sangat godaan, bulan puasa lebih fokus dan semua kerja dan masalah dapat diselesaikan mengikut jadual. Sebelah malam pula kita akan banyak muhasibah diri kerana masa tidur akan berkurangan. Semoga bulan puasa akan lebih menyedarkan diri kita dari lamunan yang tidak ada kesudahan itu..
No comments:
Post a Comment