Petang tadi merupakan kuliah terakhir sebelum pelajar membuat pembentangan, mengambil ujian kedua, dan seterusnya akan menghadapi peperiksaan akhir. Saya agak kecewa dengan kehadiran pelajar. Kalau dalam lumba lari, pecutan terakhir merupakan pecutan yang kritikal bagi menentukan kemenangan. Tidak ternampak semangat ini pada sesetengah pelajar. Sesuka hati mereka datang dan sesuka hati mereka tidak menghadirkan diri. Tanpa khabar berita walaupun setiap orang memiliki handphone yang canggih. Tidak menampakkan kesungguhan. Sekurang-kurang memberi `respect' kepada pensyarah yang menggendalikan kuliah tanpa menunjukkan jemu dan erti letih walaupun badan telah dipanjat usia. Kalau diingatkan betul betul pensyarah ini tidak pernah tak datang untuk mengajar. Dalam apa jua keadaan (H1N1, panas terik, hujan lebat) `he shall be there on time.'
Saya sentiasa mengandaikan nilai baik dan murni telah diajar dari rumah dan sekolah lagi. Tak tahulah di mana silapnya. That `sense of repect to the elderly has eroded' ke tahap yang menakutkan. Kepad Allah kita berserah semoga kita diberi taufik dan hidayat.
Nota: Walaupun begitu, segala pujian saya beri kepada pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dalam apa jua tugasan yang diberi, menepati masa dan menjaga peradaban bila ke kuliah, dan menghormati guru.
3 comments:
alaa Prof relax laa
dugaan dlm mengajar kan :)
LgChai,
Ke UiTM dan mematuhi segala peradabannya lebih merupakan cabaran kepada pelajar kerana pada fitrahnya manusia mesti berilmu dan berpengetahuan. Bila diberi peluang untuk menambah dan meningkat kepada apa yang ada, maka rebutlah walaupun terpaksa mengharungi malam yang sangat gelap gelita.
heeee...tp, sye dtg~
=))
Post a Comment