Ada orang yang terlalu ghairah dengan kehidupan menyebabkan mereka mengalami keduka nestapaan dalam berbagai bentuk dan rupa dan tidak berkesudahan. Ada dalam umur yang muda telah mengalami kecelakaan badan dan kehidupan. Mereka mencari ubat kepada penyakit itu, tetapi masih dikunjung malang. Di mana silapnya?
Hidup merupakan fungsi tabiat seseorang dari kecil lagi. Mereka akan bertabiat dalam segala hal dan perkara. Kerana itu mungkin mereka berjaya dan ramai yang tidak. Tetapi adakah mereka bertabiat memikirkan mati dan kematian? Ramai yang menganggap mati ini satu peristiwa yang negatif, menakutkan dan menggerunkan sedangkan mati adalah pasti dan sudah tentu ianya positif.
Tidakkah mereka terfikir bahawa memikirkan mati juga merupakan penawar kepada penyakit yang menimpa. Memikirkan mati merupakan `neutralizer' yang paling mujarab kepada penyakit yang dialami, fizikal dan mental. Maknanya, bukan sahaja kepada penyakit badan juga kepada perasaan dan nafsu yang tidak kenal erti sempadan. Boleh dikatakan semua penyakit berpunca daripada hati yang buta sempadan. Pakai redah sahaja.
Orang begini memerlukan mata kepada hati. Tahukah saudara mata kepada hati itu apa? Jawapannya adalah dengan memikirkan mati. Lantas membuat dia tersentak bangun dari tidur yang begitu lena. Mungkin dia bermimpikan mati. Setelah terbangun, terus mengambil air sembayang dan bersembahyang subuh memohon keampunan dari Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui Rahsia Segala Kejadian, Yang Ghaib dan Yang tidak.
1 comment:
bt0l3...mati itu pasti, sementara masih ada nafas ini...beramallah dgn sebaiknya..sbgai bekalan d kemudian hari..
nice p0st pr0f =)
Post a Comment