Banyak telah diperkatakan pasal topik ini. Mungkin kita telah melihat apa yang terjadi melalui laporan media perdana kisah kisah yang berkait rapat dengan gah diri dan gah bangsa. Sudah cukupkah apa yang kita lakukan untuk meningkat mertabat bangsa?
Di peringkat saya pula, gah diri sudah mula menyelubungi perbuatan perbuatan anak bangsa kita. Kita ada Hang Tuah, tapi apa terjadi pada negeri Melaka? Bangsa kita sangat bergah dengan perkara perkara luaran. Kita ada IPTA yang yang terbanyak dan yang terbesar. Tetapi berkemampuankah kita mengeluarkan graduan yang boleh membuat gah bangsa dan negara?
Semalam telah diadakan pembentangan bagi kuliah yang dikendalikan oleh saya. Bukan sahaja pembentangan yang didapati lemah, kehadiran bagi menyokong rakan rakan membentang pula sangat memualkan saya. Kita gah dengan bilik kuliah yang canggih tetapi telah tidak digunakan dengan sebaiknya untuk mendengar perkara perkara yang baik untuk mereka.
Satu hari nanti kita akan dinilai oleh sejarah. Mungkin kita tersalah langkah dan terjadi perkara perkara yang menyayat bangsa dan negara. Adakah masa itu akan kita tercari cari peristiwa lepas yang dapat membuat kita bernafas kembali?
Menyesal dulu atau sekarang berpendapatan tapi, menyesal kemudian atau tahun tahun akan datang tidak ada gunanya.
Menyesal dulu atau sekarang berpendapatan tapi, menyesal kemudian atau tahun tahun akan datang tidak ada gunanya.
No comments:
Post a Comment