Periuk nasi dan main wayang adalah istilah yang sangat sinonim dengan bahasa Melayu dan orang Melayu. Mengapa ye? Rezeki seseorang di sebut sebagai `periuk nasi.' Dirasakan istilah `periuk nasi' boleh diketengahkan dan diserapkan ke dalam buku ekonomi yang mana pelajar kita boleh memahami bidang ini dengan cepat. Emak ayah kita yang sudah tua jarang sekali menggunakan perkataan`ekonomi' dalam percakapan mereka. Mereka lebih selesa dengan perkataan `periuk nasi' yang mana lebih rapat dan hampir dengan kehidupan mereka hari hari. Orang Melayu sangat gemar kepada istilah yang menjauhkan mereka dari apa yang sebenarnya diperkatakan. Tengoklah berita yang didengar dari TV yang mana dipenuhi dengan istilah dan perkataan yang sangat `moden' dan sukar difahami oleh ramai pendengar. Maka berlakulah kecelaruan tafsiran yang pelik dan berbagai. Tidak nampak kesyahduan penerimaan yang dihasratkan.
Istilah `main wayang' pula ialah diertikan sebagai suka berpura pura dan sikap ini sangat dibenci. Tetapi istilah ini pun tidak digunakan selalu. Kita lebih rela menggunakan perkataan `hipokrit' yang mana penggunaannya menampakkkan lebih `glamor' atau lebih ada kelas. Haha.
Sekejap lagi saya hendak pegi kerja kerana nak memastikan periuk nasi saya sentiasa ada nasi. Sebolehnya, dalam apa yang saya buat dan kerjakan saya tidak dianggap bermain wayang. Haha. Kan perkataan tersebut dirasa lebih dekat dengan hati dan perasaan..
1 comment:
tp prof, orang kata, lagi besar periuk nasi, lagi besar la kerak dia. oleh itu,maybe perkataan ekonomi lebih sesuai ?
Post a Comment