Semalam saya berada entah di mana. Aneh. Seakan akan bermimpi. Saya tidak kekok. Tidak segan silu. Biasa sahaja. Malah dirasakan `I am truly a champion.' So to speak. Don't feel shy. Don't have that guilt feelings. Why? Kesemuanya di atas nama `kekeluargaan.' Apa yang haram boleh jadi halal atas alasan kekeluargaan? Saya tidak kata begitu. Apa yang saya katakan adalah atas dasar `unsur kekeluargaan' yang terdapat dan diserlahkan pula pada aktiviti tersebut; maka itulah paksi yang hendak dibicarakan.
Aneh. Beria-ia benar dia memohon pandangan dan nasihat dari saya. Juga aneh. Nasihat dan pandangan yang diberi `rupa merupa' nasihat kepada diri saya sendiri pulak. Apa yang di nasihatkan? Sekadar mengigatkan kepada seseorang apa dia yang jahat dan apa dia yang burok. Jika niat baik menjadi paksi segala perbuatan, walaupun masyarakat memandang serong, tetapi akhirnya kita selamat, maka kita hendak bersyukur kerana kita telah DiLindungiNya mengikut hasrat yang telah di pahat awal awal lagi. Walaupun pada zahirnya perkara tersebut dicemuh oleh masyarakat?
Terhenti saya buat seketika. Dia `ketawa serious' selepas saya memberi analogy majilis persandingan. Majlis boleh berlangsung dalam suasana yang sangat direstui oleh masyarakat. Tetapi dengan niat dan hasrat yang menyimpang dari paksi kekeluargaan yang sepatutnya terpahat, tidak mustahil majlis begini tidak diberkati. Apa akan berlakukah kemusnahan dan kehancuran? Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Mengetahui Segala Rahsia Kejadian.
No comments:
Post a Comment