Sedar sedar hari ini aku sudah berada di Jengka. Walhal sebelah pagi aku berada di Bangi di rumah anak aku. Aku ke Bangi pada petang Ahad bertolak jam 6 ptg dengan isteri. Aku ke Bangi kerana anak lelaki aku terkandas di Paris, France kerana debu gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland yang telah menyelubungi seluruh Eropah. Tak tahu bila keadaan reda dan dapat flight balik. Jadi kenalah isteri aku menemani isteri dan anaknya buat sementara waktu. Tapi aku terpaksa pulang ke Temerloh pada pagi Isnin kerana banyak kerja yang belum beres. Sekarang musim exam. Tapi kena ke Bangi jugak pada Rabu ini. Itu pun selepas aku balik dari Jengka. Dan ada kawan mengajak aku bermain golf di Bangi pada pagi Khamis. Dan selepas golf kena balik ke Temerloh pulak. Rasanya selagi anak aku terkandas di Paris, berulang aliklah aku ke Bangi. Persoalannya, tak penatke aku...?
Nota:Gambar atas sebelah kanan mempamerkan gigihnya krew National Geographic sedang membuat penggambaran di aatas glasier berdekatan dengan gunung berapi Eyjafiallajokull.
Nota:Gambar atas sebelah kanan mempamerkan gigihnya krew National Geographic sedang membuat penggambaran di aatas glasier berdekatan dengan gunung berapi Eyjafiallajokull.
No comments:
Post a Comment