Wednesday, July 11, 2012

melepaskan diri...

Gambar yang dirakam oleh lensa kamera saya ketika menunaikan Haji 2010.
Bagi memastikan kehidupan dibaca dengan betul, ada beberapa wadah pemikiran yang perlu dijadikan ramuan.  Umumnya, paksi kepada gelagat manusia, seperti juga sifat haiwan hanya mementingkan diri sendiri. Dengan kekangan kelemahan kelemahan seseorang individu, lantas kita bersosial dan berbudaya. Yang pastinya, manusia tidak lepas dari situasi meminta tolong dari orang lain. Tetapi agak malang apabila senario begini terjadi. Apabila dalam keadaan perlu meminta, mereka seakan akan diarasuk dengan gelagat lembut gigi daripada lidah. Tetapi selepas situasi dirasakan berakhir, maka mulalah menggambarkan gelagat mereka yang sebenar. Mereka seakan akan telah dapat melepaskan diri dari kebelengguan yang sangat memerlukan kebebasan. Contoh gelagat yang jelas dan sering berlaku adalah: orang kaya selepas kemiskinan. Dapat kerja selepas menjadi pelajar.. Orang yang mendapat duit banyak tak kiralah hasil berhutang atau lain sumber. Selepas naik pangkat. Sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat. Sebelum dan selepas kenduri kahwin. Allahhuakabr. Sesungguhnya bacaan yang sebenar dan tepat hanya milik Allah. Jaga jagalah diri kita dari perbuatan dan perasaan riak dan takabur. Jagalah perkara yang lima itu. Yang paling utama itu adalah hari mati seseorang. Allah Yang Maha Besar. Allahuakbar.

No comments: