Friday, July 20, 2012

Serabut...

Kera lost world Tambun ini serabut mencari jalan ke Kuala Lumpur ke?
Gambar ini dari lensa kamera saya semasa mengunjung 
Tambun Lost World Ipoh 
Keserabutan berlaku apabila soal jasad dan soal roh berselisih dalam arah mencari jalan. Oleh kerana sifat roh adalah ringan dan boleh menembusi,  maka pemecahan pemasalahan bisa dilakukan dengan cepat dan pantas. Tidak begitu dengan jasad. Dalam apa apa hal, kena diimbangkan kedua dua elemen ini ia itu jasad dan roh. Malangnya dalam banyak perkara soal roh tidak diambil kira. Malah tidak ada usaha khusus menjadikan soal roh satu bidang kursus di sistem pendidikan. Lantas berlakulah kekuaciran di sana sini. Baik dalam pentadbiran kerja mahu pun dalam hal pentadbiran diri sendiri. Bnayak sangat paper work merupakan hanya soal jasad. Alam maya seperti internet dan handphone merupakan soal roh. Percaturan terhadap kedua dua masih dalam proses kenal mengenal. Dalam proses itu terjadilah perkara yang menjemukan seperti penceramah yang tidak menggunakan gajet yang bercirikan maya ini. Dalam soal keserabuatn ini, banyak lagi contoh yang boleh dikesan. Allah Yang Maha Berkuasa lagi menguasai Segala-galanya. Allahuakbar.

No comments: