Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, July 22, 2012
duka suka...
Dalam usaha menahan lapar dahaga di bulan Ramadan ini, elok di kupas elemen yang mungkin menghantui kita, duka dan suka. Lumrahnya kita sabar dan tabah bila berlapar, dan berduka bila tiba waktu berbuka kerana menggelabah dengan hidangan yang tersaji. Bulan puasa juga adalah bulan yang penuh dengan jawapan bagi rahsia tertentu. Allah telah menurunkan Al Quran bagi menjawab kejadian makluk di bumi. Bagi saya selepas lama mencari, suka dan duka adalah dua entity yang berebza dan jika difahami membuat kita menerima kehidupan. Suka adalah perkara yang menyelubungi jasad. Apakah perkara yang boleh dijadikan penyelubung kepada roh pula? Roh adalah soal kebersihan. Lantas hidup ini ada dua perkara yang jelas pasti dilakukan kiranya kita hendak melihat roh dan jasad saling bantu membantu. Pakailah apa yang diperlukan dipakai, dan buanglah apa yang perlu dibuang. Pakai bagi tujuan membersihkan jasad, manakala buanglah perasaan hasad dengki bagi membersihkan hati dan batin kita. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment