Tuesday, July 24, 2012

ukuran adalah dari dekat...

Hari ini kita berdepan dengan teknologi yang boleh mendekatkan antara dua manusia, dua kemasyarakatan, dua kelompok manusia. Alat seperti i-PAD, handphone, internet, TV, radio adalah merupakan penyelesaian kepada perpisahan dan terpisah dalam ruang masa dan tempat. Ianya menyebabkan masyarakat tidak lagi terpisah jauh tetapi terpisah dekat dan sementara sahaja. Tetapi apa yang telah berlaku? Ramai telah berada dalam keadaan terpisah jauh. Lantas kita berdepan dengan masalah sosial yang agak merumitkan kehidupan manusia. Rumusan, hukuman telah dibuat hanya dengan hanya melihat TV, mendengar radio, membaca suratkhabar, melayar internet dan contoh gajet lain yang sepertinya. Allah telah menjadikan mata untuk merenung yang jauh dan yang dekat. Ruang masa dan tempat dapat di selesaikan juga dalam kerangka dekat dan jauh. Soal terpisah sepatutnya tidak timbul. Rumusan yang tepat hanya boleh dibuat selepas kedua-dua aspek itu telah dihayati. Allahuakabar. Hamba memohon taufik dan hidayat dalam pengurusan harian diri dan masyarakat. Sesungguhnya hanya kepada Mu Ya Allah hamba memohon perlindungan, pertolongan, dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan tanda tanya. Allahuakbar.

No comments: