Sunday, July 29, 2012

Rahsia...

Masih lagi menjadi rahsia...TV3 dengan Jejak Rasulnya. Semua orang mengenali TV3 kerana itu. Begitu juga buah rambutan dengan buah durian yang mana perbezaannya sangat ketara. Tidak ada rahsia antara penerimaan durian dengan rambutan. Tertanya pula, siapa saya? Tentu ada sesuatu yang sangat berkait rapat dengan ciptaan saya keseluruhanya, di segi jasad dan batin dan hati. Saya sendiri sedang mengumpul data berkaitan rahsia diri saya. Banyak benda boleh disenaraikan yang ada kena mengena dengan pengalaman yang telah dilalui. Antara yang memungkinkan persoalan adalah pengalaman yang tidak diduga dapat meneruskan pelajaran di USA bersama tiga orang anak dan isteri. Dilihat dari mulanya ianya hanyalah satu impian yang dirasakan sangat jauh dari menjadi kenyataan. Adakah ianya luar kemampuan saya untuk merongkai rahsia diri lantas mengumpul hanya sekadar mengumpul tanpa kesimpulan yang muktamad? Hanya Allah Yang Berkuasa lagi Menguasai ke atas Segala-galanya. Allahuakbar.

No comments: