Saturday, July 28, 2012

Puasa..

Dah seminggu saya berpuasa. Kita mengira hari yang berlalu. Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari mengira segala-galanya. Ada yang taksub dengan kira-kira maka dia menjadi 1 million dollar man sebelum umur 40 tahun. Dengan kehendak Allah maka jadilah dia.Tetapi ada yang tidak. Kenapa? Ada yang taksub dengan benda dan perkara lain pula. Ada yang taksub dengan benda tidak boleh diukur dan dikira tetapi dicubanya juga mengira dan mengukurnya dengan mengungkapkan istilah yang menampakan kiraan itu. Adakah dapat kita mengira pahala dan dosa selama kita hidup? Hidup kita adalah satu pemprosesan. Segala-galanya berkaitan sama ada secara terus dan langsung dan dengan yang tidak. Ada elemen yang boleh dikira dan ada yang tidak. Kita hanya sekadar memberi input dan juga merupakan sebahagian dari input itu. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Mengetahui. Allahuakbar.

No comments: