Saturday, August 16, 2008

Bahasa, Kefahaman, dan Perubahan...


Suka saya mengingatkan kepada diri saya bahawa bahasa adalah bunyi dari mulut kita yang mana orang lain dapat dengar maka berlakulah tindakan darinya. Tulisan hanya datang selepas itu. Daripada sekolah lagi kita sentiasa menganggap kelas bahasa sebagai matapelajaran yang sungguh istimewa kerana unsur peradaban bangsa yang terdapat padanya. Malah ia merupakan matapelajaran `per se' istimewanya sehingga dirasakan terpisah dengan lain seperti matapelajaran sains dan matematik. Tidak merupakan perkara yang pelik jika seseorang pelajar itu menguasai matapelajaran bahasa Melayu dengan baik tetapi tidak dalam matapelajaran sains dan matematik.

Itu senario ketika itu. Sekarang senario itu mungkin tidak relevan lagi. Saya adalah antara orang yang tidak mengendahkan peradaban pada bahasa. Pada saya maksud itu mesti diutamakan dan bahasa akan terjadi dengan sendirinya. Walaupun saya adalah seorang yang banyak membaca buku, tak kiralah Inggeris atau Melayu, bahasa tidaklah merupakan penghalang kepada saya, kerana saya akan mencari kefahaman dulu dari pembacaan tersebut dan ketertiban bahasa akan dirasai kemudian. Kalau boleh saya mengungkap kata begini, kefahaman itu adalah cetusan dari dalam seseorang individu dan tidak bercirikan mana mana bahasa. Dan bahasa itu hanya kita cetuskannya demi berkomunikasi dan terjaminlah keakraban ahli masyarakat keseluruhanya dalam segala aspek kehidupan.

Bahasa dan berkomunikasi adalah merupakan wadah masyarakat itu berkomunikasi dan membawa kepada perpaduan. Tetapi apakah elemen utama fokus bahasa kita dalam menyatukan masyarakat tersebut? Kita orang Melayu tidaklah terkenal dengan `scientific mind' nya berbanding dengan bangsa orang barat misalnya. Pada mulanya bahasa kita banyak berkisar kepada soal pengamalan budaya, peradaban sosial dan adat pemerintahan. Dan kini ada peningkatan kepada bahasa dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dahulu, tidak sampai kepada penerokaan ilmu manusia dan kehidupan bermasyarakat, alam, bumi, laut, udara, dan angkasa raya, dan alat reka cipta yang boleh membantu peningkatan gaya hidup yang lebih moden. Adakah bidang bidang itu terlalu misteri buat bangsa dan bahasa kita? Apakah bahasa kita masih lagi dirasuk dengan kata kata dengki dan khianat oleh mereka yang taksub berpolitik misalnya, atau demi mengejar keuntungan, TV kita juga nampaknya telah dirasuk oleh cerita cerita seperti `saka' dan sebagainya.

Suka saya membawa contoh yang mana orang Inggeris suka mengungkapkan kata seperti `what do you mean? Tetapi berbeza sekali dengan peradaban kita orang Melayu apabila kita berkata sesuatu kepada orang lain, kita agak berat hendak mengatakan `saya kurang faham apa yang hendak awak perkatakan.' Ini kerana peradaban tidak hendak atau jangan menyinggung orang lain itu sangat dipandang tinggi dan mulia oleh orang Melayu itu sendiri.

Ketaksuban kepada bahasa memang merupakan satu fenomena kepada sesetengah kita. Seni menulis lebih diutamakan dari seni memahami kepada apa yang ditulis. Kefahaman sepatutnya mendahului penulisan. Tetapi kalau kefahaman masih berada dalam keadaan kekacauan dan kecelaruan, maka penulisan hanya merupakan `penguatan' kepada budaya `cut and paste' yang sedang berleluasa sekarang. Apabila tugasan diberi, `the students do no go for the understanding, but they go for the doing.'

So try to understand what I am trying to say and not the language that I consider as only a vechicle to communication. And again I consider it as just a passing thoughts.

1 comment:

Anonymous said...

seorang penulis yang berbakat dan memiliki idea2 yang bernas!!
my idol..