Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, August 30, 2008
Kejadian dan Menyayangi
Topik ini agak terkeluar dari apa yang pernah saya tulis. Tak mengapa, ada masa elok juga menyimpang dan cuba merasai hati kita yang sebenar. Tuhan menjadikan kita dengan selengkapanya termasuk perasaan sayang yang melimpah-limpah. Wadah kehidupan amat luas sekali dan mencakup kehidupan yang mana kita sendiri tidak dapat berada secara fizikal di tempat yang mana kita ada perasaan sayang tadi. Kita sayang kepada kehidupan yang berterbangan , kita sayang kepada kehidupan dilaut dan di bumi, dan kita sayangkan seseorang yang jauh daripada kita. Itu lumrah erti sayang. Allah yang Maha Besar telah memberi persaaan kasih sayang yang agak banyak kepada seseorang kerana wadah kehidupan itu sendiri mencakup kesemua itu baik dekat mahupun jauh. Dan jika kita menyayangi seseorang yang jauh, itu tidak dianggap aneh kerana dengan tersendiri membuat kita akur kepada kebesaran Allah yang menjadikan sesuatu dengan perasaan sayangnya sekali, lantas berlakulah pengurusan yang bijak kepada kejadian tersebut walaupun jauh di segi fizikalnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment