Sunday, August 31, 2008

Merenung kemerdekaan...

Dilihat dari satu perspektif, kita memang sudah berjaya. Aspek asas bagi majoriti penduduk Malaysia telah dapat menikmati kemudahan air, api, balairaya, jalanraya, lebuhraya, pasaraya, pilihanraya, sekolah, dewan serbaguna,masjid, radio, TV, astro dan astro ria, IPTA, IPTS, dan berhari raya dan sedikit bersuka ria..Tetapi lumrah kehidupan `happiness is what we are and is measured by what we don't have.' Maknanya kita masih lagi merasai rendah diri dalam beberapa perkara dan diburukkan apabila bandingan dibuat dengan hanya segolongan kecil yang memiliki kemewahan yang berlebihan.

Pengembelengan banyak perkara, dari dahulu hingga sekarang, maka terjadilah dan terbinalah apa yang terdapat dilihat pada hari ini. Peristiwa lampau dan hanya aktifnya 51 tahun yang lepas telah merentasi ruang masa kita dan membawa kesan pembangunan negara yang terlihat hari ini. Itu tidak dapat ditidakkan dan diketepikan begitu sahaja. Dengan adanya emak bapak kita maka kita lahir ke dunia ini. Ada individu yang lahir di zaman Hang Tuah, ada di zaman Datuk Bahaman, ada yang lahir di zaman Jepun, ada yang lahir di zaman komunis, dan ada yang lahir di zaman penjajahan British, dan ada yang lahir di zaman kemerdekaan. Di segi `choice' atau `pilihan', kita tidak dapat memilih zaman mana kita hendak berada dan kepada siapa dan di mana.

Syukur Alhamdullilah, hari ini Malaysia masih berada di landasan yang merupakan penyambungan `landasan' yang bermula pembinaanya di zaman yang lampau lagi. Perbezaan dulu dan sekarang sangat ketara sekali. Satu elemen perbezaan yang sangat disyukuri adalah pengetahuan yang dimiliki oleh penduduk negara ini. Boleh dikatakan kita semua memiliki `developed oriented mind' yang boleh digunakan untuk menjana ekonomi atau menghasilkan keperluan yang kita sebagai rakyat memerlukannya. `When comes to material needs we are almost there economically.' Jadi apa yang belum?

Pandangan peribadi saya ini mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Tidak apa. Kata orang di negara yang demokrasi ini, kita bersatu dalam perbezaan. Amat malang sekali jika kita berbeza dalam menuju keruntuhan. Perpaduan yang sebenarnya bagi sesuatu negara adalah hembusan nafas dan keriangan silaturrahim antara satu dengan individu yang lain. We are together, there is no doubt about that, but are we truly together in terms of mind, spirit, and soul? Keharmonian sesebuah negara itu tidak ditentukan dengan kekayaan material semata mata tetapi juga merangkum perkara sosial dan mencakup soal susah dan senang, soal miskin dan kaya, soal rumah yang tidak beretangga, soal atap yang bocor, soal kereta yang rosak, dan soal hati yang remuk dan hilang teman.

Disimpulkan, adakah diusahakan persiapan diri, mental, fizikal, dan aspek agama kerohanian dan batin dalam menghadapi zaman gemilang? Agak malang, wlaupun gemilang fizikalnya, tapi dimana kegemilangannya? Sebagai ukuran, kegemilangan hanya dapat dirasai jika ada perasaan rendah diri dan kesyukuran hasil dibina diatas landasan dan amalan yang sentiasa mengingati kebesaran Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

No comments: