Sebelum terlupa, dalam syarahan saya tadi ada saya mengemukakan istilah `pintu rahsia.' Dalam kursus pemasaran, selalu sahaja kita disogokkan dengan istilah `psikologi dan persepsi.' Kesemua istilah ini ada membawa unsur kerahsiaan seseorang atau pelanggan. Ini lumrah pemasaran. Dan disitulah terletaknya rahsia kaedah-kaedah yang menjadi bahan bidang pemasaran. Ingin saya menghurai perkara ini dalam nada yang lebih mudah lagi.
Prinsip agong yang patut dijadikan asas kehidupan yang bahagia adalah prinsip keterbukaan dan perkara perkara bersabit dengan `kerahsiaan' patutlah dikurangkan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, diri kita dipenuhi dengan `pintu-pintu rahsia' dan hanya satu atau dua pintu sahaja dibiarkan terbuka. Itu pun kerana terpaksa kerana sudah menjadi amalan umum masyarakat tersebut untuk didedahkan. Lantas pemikiran, percakapan, dan perbuatan tidak menampakkan kreativiti kerana disebabkan keterbatasan yang dicipta sendiri iaitu segala-galanya adalah rahsia.
Tunggu sambungannya...
No comments:
Post a Comment