Pernahkah kita berdepan dengan senario yang mana seseorang itu tidak menampilkan siapa dia yang sebenarnya? Ada dua kemungkinan. Sebab yang pertama sangat mudah dibicarakan. Dia sememangnya seorang yang tidak upaya untuk menampilkan dirinya kerana kerkurangan pada dirinya sangat banyak termasuklah tidak berpengetahuan. Dia mengambil sikap hanya sebagai pengikut yang sentiasa menerima tunjuk ajar.
Apa yang menjadi fokus perbincangan saya ialah golongan yang kedua ini. Dia adalah seorang yang sangat menjaga hieraki sosial dan memberi ruang kepada orang lain kerana orang itu adalah orang yang `lebih tinggi' daripada dia disegi umur, darjat, pangkat, dalam apa jua talian, baik kerja, keluarga atau budaya. Dia hanya bertindak sekira dia telah sampai ditempat yang sepatutnya dia berada. Dalam pada itu ada individu yang mungkin kurang pengetahuan atau pengalaman akan melakukan sesuatu yang semacam `melanggar ketertiban peradaban talian ini.' Lantas individu ini akan cuba menguasai keadaan dan jauh sekali dari menghormati hak orang lain. Tetapi penguasaannya akan berakhir selepas `benteng' yang selama ini tempat dia berpijak telah tiada lagi. Sebagai seorang yang mengetahui dan mendalami hal ini, kita janganlah mudah terpengaruh dengan unsur `pecah belah' yang mungkin terjadi kalau tidak diteliti dan diawasi. Kesedaran yang beginilah yang kita akan jadikannya benteng kepada asakan demi asakan yang mana kita tidak boleh berbuat apa apa kerana belum sampai masanya.
Senario yang telah diperkatakan tadi boleh berlaku dalam hal hal sosial, budaya, politik dan pemerintahan. Dalam keluarga misalnya, ada perbuatan yang sangat bercanggah dengan hukum dan peraturan berkeluarga sehingga membawa kepada perbalahan yang berpanjangan. Begitu juga dalam hal kemasyarakatan seperti berpolitik dan berkerja. Ada individu yang cepat naik cepat turun, cepat ketengah cepat ketepi, yang kesemuanya menampakkan kerakusan dan cuba membolot kekayaan secepat mungkin.
Jadikan ilmu dan disiplin diri sebagai benteng kepada kerakusan itu. Biar lambat, tetapi apabila sampai pada masanya, segala-galanya akan mengambil tempat, betul pada masa dan keadaan.
Dalam menghadapi ini semua, rangakaian benteng yang perlu diperkuatkan: berilmu dan bersabar, dan perteguhkan iman kepada Allah yang Maha Mengetahui lagi Mengasihani.

No comments:
Post a Comment