Tuesday, November 4, 2008

Dunia menunggu keputusan bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru..mengapa..?

Ramai mengharapkan supaya Obama memenangi pemilihan presiden Amerika Syarikat kali ini. kenapa? Dengan kemenangan Obama, ia membawa erti yang sungguh manis bagi semua penduduk dunia amnya dan penduduk Amerika Syarikat khasnya.

Kemenangan Obama akan mengubah haluan sosial Amerika Syarikat.
Kemenangan Obama akan mengubah haluan politik Amerika Syarikat.
Kemenangan Obama merupakan kemenangan amalan demokrasi itu sendiri.

Dunia selama ini memandang Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang tidak mungkin dikuasai oleh bangsa berkulit hitam. Tetapi sekarang pentadbiran Amerika telah berada diambang perubahan yang akan memecahkan segala mitos dan kepercayaan kolot. Ia merupakan satu kemenangan kepada perjuangan bangsa berkulit hitam di Amerika Syarikat.

Bagi saya, cerita pembesaran Obama itu sendiri memiliki unsur suspense yang tersendiri.
Ayahnya, Barrack Hussein, seorang pelajar Kenya datang ke Amerika Syarikat untuk menuntut ilmu di University of Hawaii. Di sana pelajar yang berkulit hitam dari Kenya ini telah mengawini ibu Obama yang berkulit putih yang juga pelajar di Universiti tersebut. Kepada pelajar Afrika yang menuntut di Amerika Syarikat, kiranya dapat mengawini gadis Amerika,yang berkulit putih, maka ia dianggap sebagai satu kebanggan dan kemegahan.Tetapi kepada keluarga si gadis berkenaan, ianya adalah satu kegilaan dan ketaksuban dan perlu dihalang.

Perkahwinan antara orang hitam dan orang putih tidaklah semudah itu perjalanannya di Amerika Syarikat. Ada yang masih kuat berpegang kepada tradisi. Begitu juga dengan emak ayah kepada ibu Obama, yang berasal dari Kansas, telah menentang keras pilihan anaknya itu. Ibu Obama tidak mengendahkan bantahan ibu bapanya dan telah berkahwin dengan pemuda Kenya itu.

Malangnya, dengan lahirnya Obama, penentangan tidak hanya disebelah keluarga ibunya sahaja,tetapi juga disebelah keluarga bapanya juga. Penceraian berlaku dan ayah Obama telah pulang ke negara asalnya Kenya dimana selepas beberapa ketika pada tahun 1982, ayah Obama meninggal kerana kemalangan jalan raya. Ada yang mengaitkannya dengan kekecewaan dan kegagalan kehidupanya di Kenya.

Ibu Obama pula tidak serik serik dan telah mengawini penuntut Indonesia, Lolo Soetoro, yang juga belajar di Universiti tersebut. Obama telah dibawa ke Indonesia pada tahun 1967 sehingga umur Obama 10 tahun. Kerana rungsing dengan pembesaran dan pelajaran Obama di Indonesia, ibu Obama, Ann Dunham, telah menghantar Obama ke Hawaii dan telah dijaga oleh atuk dan neneknya yang sangat menyayangi Obama.

Walaupun ibu dan bapa Obama telah tiada, begitu juga dengan neneknya, tetapi nasib orang muda yang berkulit hitam ini rupanya begitu menyerlah sekali. Dan hari ini sudah dirasai satu sejarah akan tercipta buat Amerika Syarikat dan juga buat dunia...

No comments: