Sekolah rendah mungkin ada di kampong, tapi tidak sekolah menengah. Pada zaman selepas merdeka, sangat digalakkan bersekolah di aliran sekolah orang putih. Sekolah beraliran orang putih hanya terdapat di bandar sahaja dan menjadi buruan pelajar pelajar dari kampong untuk merasa hidup di bandar. Tetapi oleh kerana pelajar dari kampong ini bersekolah aliran bahasa melayu, maka sesiapa yang hendak mengikuti sekolah menengah aliran bahasa Inggeris, maka dikehendaki memasukki `remove class' yang merupakan kelas peralihan ke bahasa Inggeris selama setahun. Sekolah menengah ini pulak di sediakan asrama khusus bagi pelajar yang datang dari kampong kampong yang mengelilingi bandar ini.
Dengan datangnya pelajar pelajar ini, dan pengaruh yang dibawa ke kampong, maka suasana kampong telah di suntik dengan cerita cerita bandar yang mengasyikan lagi membransangkan menyebabkan sedikit sebanyak pemikiran kampong telah dapat mengiringi perkembangan di bandar. Pelajar ini telah mengenal dimensi kehidupan di bandar yang tidak terdapat di kampong dan bermulalah cerita orang Melayu tidaklah sebodoh mana malah ada yang dapat menyaingi pelajar Cina dalam matapelajaran tertentu..seperti matapelajaran matematik dan sains.
Agak malang, sistem pemerintahan pada ketika itu tidak juga mencelekkan orang melayu kepada soal ekonomi..mengape ye?
bersambung..
No comments:
Post a Comment