Saya dapati ramai orang tidak pandai `articulate' atau cakap cakap pasal soal ekonomi atau soal cari duit atau soal cari rezeki. Ramai yang ambil kursus ekonomi menyimpulkan kursus ini susah nak faham dan di label sebagai `killer subject.' Mengapa begitu ye..?
Sebenarnya soal ekonomi soal kerancakkan penerimaan sesuatu aktiviti itu. Lagi rancak dan diterima maka `nilai ekonomi' semakin tinggi. Satu ketika dulu, orang Melayu dianggap sebagai bangsa yang tidak faham ekonomi kerana dibandingkan dengan towkay cina yang suka berniga barangan runcit. Mungkin komen ini ada asasnya.
Pernah satu ketika dulu bangsa Melayu mengangap pergi ke bandar sebagai satu perbuatan yang salah. Kerajaan pun pernah berusaha dengan dasar dasar tertentu supaya orang kampong tidak ke bandar kerana bandar akan menjadi sesak. Dan yang peliknya, kerajaan pada satu ketika dulu pernah mengubal dasar `Family Planning' iaitu satu keluarga kena hadkan berapa anak. Tetapi dalam begitu orang kampong tetap ke bandar kerana hendak mencari dan menambah rezeki. Mungkin kerancakkan aktiviti orang bandar menyebabkan kita beranggapan dibandarlah akan berlaku `midas touch' iaitu apa yang kita buat akan menjadi duit. Kita akan bincang ini kemudian nanti. Mari kita cakap pasal kerancakkan duduk di kampong dulu.
Sebenarnya, kampong akan mengalami `natural process of growth' dan akan menjadi bandar akhirnya. Kerancakkan kehidupan ekonomi di kampong sangat terhad dan dan dikawal rapi oleh adat dan resam yang memandang sepi soal ekonomi. Malah dibezakan istilah ekonomi bagi bandar dan kampong.
bersambung..
No comments:
Post a Comment