Saya tidak lagi melihat mesyurat perwakilan UMNO sebagai satu majlis yang gah dan agong. Dalam ingatan saya, inilah kali ketiga saya menghadiri mesyuarat UMNO seperti ini. Dan kehadiran saya kali ini mengukir sejarah yang tersendiri kerana pemilihan kali ini ada kaitan dengan perginya seorang perdana menteri dan akan digantikan dengan seorang perdana menteri yang baru.
Tak tahu mengapa, aura pemilihan dirasakan tidak mantap dan substantif dalam konteks masa depan negara dan orang melayu. Mungkinkah disebabkan mesyuarat ini berlatarbelakangkan banyak kekalaham dalam piliharaya yang ke-12 Mach lalu, dan disusuli pula dengan peristiwa demi peristiwa yang menampakkan perpecahan semata-mata?
Aura kemegahan dan keagongan yang pernah dirasai dahulu telah hilang dan apa yang menyelubungi perasaan saya pada masa mesyuarat berlangsung adalah UMNO telah hilang sengat dan bisanya.
Mesyuarat kali ini mememperlihatkan pemindahan kuasa secara sukarela jawatan ketua bahagian kepada ketua bahagian yang baru. Saat saat begini sepatutnya akan membuat ahli menangis dan bersedih. Maklumlah ketua bahagian yang pergi itu sudah menjadi ketua sejak berbelas tahun yang lepas. Mengapa tidak dirasai pemergian ketua bahagian tersebut? Sebagai bekas ahli parlimen Temerloh selama tiga penggal, sudah tentu banyak yang disumbangnya kepada pembangunan bandar Temerloh. Tetapi upacara puncak mesyuarat tersebut bukan pemergian ketua lama, tetapi penantian pengumuman keptusan AJK bahgian, Naib ketua yang baru, dan 7 ahli yang akan mewakili bahagian ke Persidangan Perwakilan UMNO di PWTC , Kuala Lumpur.
Politik adalah hal pemimpin yang boleh memimpin rakyat yang memerlukan pelindungan dalam semua aspek kehidupan. Falsafah itu tidak lagi dipakai hari ini. Ia adalah soal perebutan jawatan semata-mata dan menjadikan tanda gah seseorang dalam konteks kepentingan diri sendiri.
Lantas apa yang patut saya katakan kepada UMNO? UMNO perlu berubah dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Itu yang berlaku kepada Amerika Syarikat dengan Obamanya. Di Malaysia siapa pula?
No comments:
Post a Comment