Sunday, November 2, 2008

Perginya Ramadhan..


Ramadhan sudah berlalu. Agaknya kita sudah lupa rasanya berpuasa. Kita sudah lupa rasanya berterawikh. Kita sudah lupa betapa seronoknya menunggu saat saat berbuka puasa. kita sudah lupa betapa eratnya hubungan kekeluargaan apabila ramai ramai bangun sahur dan berjaga hingga ke pagi. Dan perasaan hendak beraya berjumpa ahli ahli keluarga yang merupakan puncak segala perasaan dan sangat dinantikan! Sekelip mata semua sudah berlalu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, semangat bulan Ramadhan beransur luput dari tahan diri dan timbul pula perkara yang boleh memakan hati. Sekali lagi kehidupan mula dilanda badai pemikiran kesonsangan di sana sini. Kita takut menggunakan istilah sesat kerana ia berkait rapat dengan maruah diri. Melayu ada mengatakan `malu bertanya sesat jalan.' Rupa rupanya ramai yang sesat dan malu pulak bertanya.

Sangat jelas, hidup bahagia dan rezeki dari dunia terbentang luas sangat berkait rapat dalam ertikata memerlukan perpaduan dan sentiasa bersatu. Kalau berpolitik, jangan pulak gelagat kita akan membawa kepada kehancuran bangsa, negara, dan agama. Begitu juga dalam perkerjaan, sosial, adakala gelagat rakan sekerja dan ahli masyarakat tidak mempamirkan watak `one for all and all for one.' Dalam Melayunya `bersatu kita maju, becerai kita lesu.' Dalam perniagaan apa diungkapkan sebagai CSR atau `corporate social responsibility.' Dan dalam pemasaran apa dikatakan sebagai CRM atau `customer relationship management.' Berpijak dan rasalah ketulan hati,tanah, batu, dan cuaca yang tak menentu dan berhati hatilah dalam membuat sebarang keputusan kehidupan.Jauhilah diri dari berlagak sombong seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.Jauhilah dari pujian yang melampau dan ada pulak yang syok sendiri dengan meletakkan diri dengan harga yang mempamirkan kesombongan dalam kebodohan.

Allah yang Maha Besar lagi Penyayang, tidak membiarkan hambaNya sentiasa dalam kesesatan. Bulan berganti bulan dan bulan Ramadahan datang lagi. Buang yang keroh ambil yang jernih. Yang jauh didekatkan. Dan yang dah dekat tu dimesrakan lagi. Dan diharapkan dengan perginya Ramadhan kali ini, maka pergilah juga segala amalan buruk dan keji yang melekat pada hati dan tubuh diri selama ini. InsyaAllah.

1 comment: