Monday, October 13, 2008

How could I shut up...? Nobody can..



Kalau saudara di asak hari hari dengan ilmu pemasaran, akhirnya anda akan berpendapat bahawa dunia ini dipenuhi dengan peristiwa peristiwa yang boleh dianggap sebagai kegilaan, kebudakan, dan kebodohan.

Contoh pertama ialah bekas perdana menteri kita sendiri, Dr Mahathir yang mana telah menyuruh Abdullah Badawi supaya diam sehingga bulan Mach 2009. Tak tahu kah Dr Mahathir bahawa satu teori pemasaran yang tidak selalu disebut ialah, `anything that moves is potentially dangerous and might be explosive.' Bergerak dan bercakap adalah merupakan `kemestian' dalam hidup. Aktiviti inilah yang akan merancakkan ekonomi negara. Kita hanya diam apabila kita tidur kerana keletihan, atau buat seketika kita dapat apa yang kita hajatkan.
Mari kita jengok definisi `need' atau keperluan dalam pemasaran khususnya, dan kehidupan amnya. Dalam Inggerisnya begini, `need is a state of felt deprivation.' Dalam pengertian mudahnya, manusia bergerak kerana ada perasaan yang meronta ronta dan hanya akan diam jika kita berjumpa atau terjumpa dengan apa yang selama ini kita idam idamkan. Saya menyebut perkataa `perasaan' dan tidak `perut meronta-ronta.' Ini kerana hidup hari ini bukan lagi soal perut tetapi lebih kepada keperluan hati dan perasaan yang tidak mengenal erti kepuasan. Boleh dikatakan lebih kepada memenuhi tuntutan `nafsu dan bukan susu.' Kita tidak macam budak kecil yang mana akan berhenti menangis kalau dapat susu. Keperluan kita juga mencakup soal `social and psychological needs.' Teori Maslow (teori motivasi) ada menceritakan keperluan yang paling puncak iaitu `need to self-actualize one's life dream after riches has been taken for granted.' Maka tersergamlah piramid yang didirikan oleh firaun, dan Taj Mahal di Agra, India yang dibina oleh Raja Shah Jahan bagi mengingati isterinya, Mumtaz Mahal.

Dr Mahathir wants nothing fizikal in life. He even does not want power. Has enough of it before. He is now in the process of creating a legacy for himself. He is in the process of building this country politically the way he wishes it to be seen despite being out from government. Can he succeed? He has nothing to gain and he has nothing to lose. He is willing to die for the legacy he wants to leave behind. Can we say `shut up' to him? I don't think anybody can..

No comments: