Thursday, October 16, 2008

Academic excellence...kecemerlangan akademik!!!

tidur di kuliah sudah menjadi kebiasaan








baik lelaki mahupun pelajar perempuan sama sahaja...



Dalam banyak situasi mengajar hari ini, banyak prinsip mengajar dan pengurusan pelajar telah diketepikan kerana masa dan keadaan telah berubah. Saya telah mengajar sekian lama dan mendapati pelajar begitu `passive' dalam membincangkan hal hal bersangkutan pengetahuan. Boleh dibilang dengan jari pelajar yang membuat appoinment dengan pensyarah untuk membincangkan topik yang telah diberikan kuliah.

Kerajaan telah menghabiskan berjuta wang ringgit Malaysia demi bangsa dan negara tetapi apa yang terjadi sangat mendukacitakan. Tak tahu mana silapnya tetapi tentu ada puncanya kepada masalah ini.

Ada masa saya merasakan saya pulak diperbodohkan. Alasan tidak hadir ke kuliah sungguh tidak masuk akal! Bayangkan dengan teknologi perubatan yang lebih saintifik dan ada pelajar masih memberi alasan sakit perut, sakit ini dan sakit itu yang tidak menggambarkan peningkatan teknologi perubatan semasa di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Yang anihnya bukan sehari merkea tak hadir kerana sakit ada sampai seminggu dua. Ini dah teruk sakitnya. Saya ini yang jauh lebih tua dari mereka pun kadang kadang sakit juga. Tetapi pill panadol yang berbagai itu sudah cukup memberi kelegaan. Tak sampai setengah jam sakit itu pun hilanglah. Dan sekarang terdapat trend baru dengan memberi sebab yang tidak berkaitan dengan sakit tetapi hal hal yang menggambarkan perkara perkara luar yang memerlukan `active participant' dari mereka. Saya pun dulu ada anak yang belajar di IPT dan saya sentiasa pastikan mereka jangan ponteng kuliah. Dan hari ini nampaknya belum cuti dah cuti dan sepatutnya dah balik belum balik. Bak kata Tan Sri SM Salim, `apa dah nak jadiii?'

Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Pelajar pergi dan datang. Tetapi saya sentiasa berdoa agar yang datang biarlah yang lebih baik dari yang sudah.

bersambung..

1 comment:

Anonymous said...

hahaha~yup, i believe every student who didnt make it to their classes have their own reason, but normally the reason of being sick is just a back up plan or reason, so that they wont feel jungle when they get back to their classes and meet their lecturers.. no worry~ the technlogy is still helping but sometime it is just being misapplied.haha ~