Seperkara yang sangat ditakuti adalah berdepan dengan mereka yang masih lagi berjiwa `masih dijajah' `in thoughts, actions, and decisions.' Ramai yang beranggapan bahawa jika kita berbahasa Inggeris, maka itu bermakna kita masih lagi dijajah.
Penjajahan yang saya hendak bincangkan di sini bukan sahaja mencakup soal dijajah oleh bangsa lain, tetapi juga dijajah oleh kepercayaan yang tidak boleh mendatangkan keuntungan kepada agama, bangsa, negara, dan budaya.
Saya hanya memiliki satu cara untuk memahami tentang `dijajah' ini iaitu dengan menganalisa sikap seseorang itu.Sikap atau attitude dalam bahasa Inggerisnya terangkum tiga perkara: perasaan, perbuatan, dan proses pemikiran.
Baru baru ini kita dikejutkan oleh keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menganugerahkan `Datuk' kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan. Atas wadah apa, atas perjuangan apa, atas sebab apa, maka Shah Rukh Khan dikurniakan dengan bintang Datuk?Puas saya menyelongkar lubok hati dan lubok fikiran tetapi masih gagal mendapat jawapan dalam konteks kemerdekaan negara dan halatuju negara.Atau sikap kita masih lagi sebagai pak turut dan pengikut kepada telunjuk glamour orang lain?
Sudah sampai masanya kita bangun dan menghapuskan apa jua perbuatan dan pemikiran yang dianggap sebagai memperlekehkan kebolehan rakyat Malaysia sendiri. Dan kepada generasi muda, bangunlah dari tidur dan berusahalah untuk memajukan diri dan mengambil peluang yang sememangnya terbuka luas untuk saudara dan saudari. Jika saudara seorang pelajar, rasa teramat malu pensyarah dan negara, jika saudara masih lagi mengamalkan sikap acuh tak acuh dalam soal mempertingkatkan ilmu. Saudaralah merupakan pemibina kekayaan negara pada masa akan datang! Berubahlah dan binalah!

1 comment:
he's just one of his fans!!!hahaha~
Post a Comment