Friday, September 30, 2011

Ibadah Haji 1432...

Kuota bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan haji kali ini dinaikan kepada 28,000 orang. Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci adalah pada 28 September 2011 dengan jemaah haji seramai 442 orang. Teringat saya kepada penerbangan KT24 iaitu penerbangan jemaah haji tahun lepas yang mana antaranya adalah saya dan isteri. Kami berlepas pada pukul 3 pagi dari KLIA dan tiba di Medina sekitar 8 pagi waktu Arab Saudi. Hari pertama di Medina dan ke Masjid Nabawi sungguh meninggalkan kesan yang tidak dapat dituliskan sehingga ke hari ini. Pesoalan utama yang bermain di kepala pada ketika itu adalah, apa yang menanti saya dan isteri di bumi Medina dan Mekah dan apabila menatap Kaabah buat pertama kalinya. Allah Yang Maha Besar. Saya telah dengan selamatnya menunaikan rukun haji Yang Ke-5. Syukur saya kehadrat Allah Subhanawataala yang telah memudahkan pemergian saya dan isteri pada musim 1431.Tetapi apa sebenarnya yang saya perolehi apabila saya berada di sana selama 46 hari? Dalam suasana haji 1432 sudah pasti mengingatkan kembali apa yang saya telah dirasakan apabila saya berada di sana. Tema yang tepat bagi menceritakan kembali adalah `penantian yang menanti'. Allah Yang Maha Besar. InsyaAllah, saya akan cuba menyingkap kembali selama masa saya dan isteri berada di sana pada musim haji tahun 1431. InsyaAllah.

Thursday, September 29, 2011

Tiba-tiba segalanya berdiri menegak sebagaimana fitrah...

Itulah kuasa ilmu yang sebenarnya. Tiba-tiba segala-galanya berdiri menegak sebagaimana fitrah. Tetapi adakah semuanya begitu? Pada satu satu ketika saya juga tidak terkecuali merasakan ada `penghalang' atau `tidak ada penghalang' satu satu perjalanan itu.Tidak sebagaimana haiwan yang dijadikan dengan semula jadinya boleh melompat jauh atau berlari dengan deras dan lajunya. Mengapa penghalang dirasakan tiada, atau mengapa banyak sangat penghalang? The stumbling blocks, is it all created by our own brain? At  one time, I see no rivers, I see no trees, I see no buildings, what I see is just everything is just not there. Writing is such an exercise where you see what you all the time feel what you see or you don't see. I write just to express knowledge in its raw form and that is it. Why all of a sudden I sense what others don't sense. I sense nothing but the ease and easy on everything. So be it. And that has become the basis of my created principles of other things. I see others having the same sense of ease and easy as it was found in me. A mile is not a mile to them. A mile could be hell to those who possess little knowledge of Allah's creation. Knows Allah in its `true context and form', and life and death then can be so sweet. Can we? Or should we?

Wednesday, September 28, 2011

bukan universiti tetapi sekolah...

Semakin tua kita maka semakin kita memerlukan sekolah lebih daripada universiti. Kita perlu kepada pendidikan sekolah bagi menyerap balik nilai nilai asas yang telah dilupai apabila kita menjadi seorang manusia yang bergelar.  Bergelar apa ye? Yelah apabila kita bergelar abah atau ayah, ramai yang telah melupai nilai sebenar yang patut dimilki pada seorang ayah. Ramai juga yang melupai nilai seseorang itu sebagai suami atau isteri dan suasana baru telah menegakkan nilai nilai yang sangat bercanggah dengan ajaran Islam. Pemandu kereta telah melupai nilai asas sebagai pemandu yang bertimbang rasa. Pembeli dan penjual telah bergelomang dengan dosa dan memporakperandakan dunia kekeluargaan dan ekonomi. Lantas kita melihat dunia dengan nilai nilai gilanya. Allah Yang Maha Besar telah merukunkan Ibadah Haji bagi kita merenungkan balik siapa kita, mengapa kita, dan kemana kita.

Tuesday, September 27, 2011

itu kata kata yang tepat..

Saya telah pergi ke bandar tersebut. Pemergian saya rupa rupanya `cost me my soul and my money'. Too costly. Secara fizikal saya sudah kembali. Tetapi secara mental, saya telah dikuasai oleh sesuatu yang menghalang saya dari pulang. I am under some kind of a spell. Tadi saya telah mengeluarkan kata kata keramat dan merupakan penawar kepada penguasaan sesuatu itu terhadap diri saya. To the last minute, that is today, I am asked to do things against my will. My refusal and my strong will power, and my prayer to the Almighty Allah, breaks it all. At last I am back home leaving that place for good. And now I am free and I am talking..  

Monday, September 26, 2011

jerat besar tertangkap hanya tikus...

Inilah jadinya apabila kita sangat berkepentinggan dan membelakangkan Kekuasaan Allah. Mengapa perlu jerat menjerat? Atau dalam bahasa politik Malaysia hari ini, `mengapa perlu cantas mencantas?' Atau yang lebih teruk lagi di negara lain, `mengapa perlu kerat mengerat, bunuh membunuh?'  Bagi memuaskankan hawa nafsu, manusia sanggup melakukan perkara di luar batasan menepati kata kata `the end justifies the means'. Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kita dijadikan untuk merasai nikmat sebagai satu ciptaan Allah. Hanya KepadaNya kita menyembah, memohon pertolongan, dan perlindungan.

Sunday, September 25, 2011

intelligence are multi-based..?

A short encounter with the so-called intelligent and educated people and the interaction are mysteriously clouded by a thin veil of doubted basis of `unintelligence' and so worldly. Di atas apa jua berlaku, adakah saya melupainya? Mereka memasang jerat dan apabila tidak mengena maka cetusan gila gila berlaku, kerana sangat marah. Apabila saya menyatakan rasionalnya untuk berhenti berhubungan, mereka tersentak kerana kehilangan yang tidak sanggup di lalui. Lantas mereka berpura pura dan melakukan `retracking'  dengan alasan bahawa mereka dalam keadaan tidak sedar apabila kata kata itu tercetus. Mustahil kan? Sedangakan apa sebenarnya berlaku adalah jerat mereka tidak mengena . Adakah mereka tidak menyedari jerat yang mereka sendiri telah memasanginya? Allah menggariskan kehidupan berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah. Isunya bukan soal `jerat menjerat' tetapi soal kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Allahuakbar.

Saturday, September 24, 2011

death hanger...

A death hanger. Yes that term gives strength with legendary energy. Do I know what I am talking about? A short description of the confusion faced by majority. Everybody is using a different hanger. She has her own hanger. So are others. Sesungguhnya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui di atas apa jua perbezaan yang nampak dan yang tidak.

Friday, September 23, 2011

takut...

Berbagai tafsir terhadap istilah `takut.'  Kenapa kita mesti takut? Perasaan yang sangat semula jadi sifatnya. Adakah mulia sifatnya? Mulia di sisi ...? Adakah ianya ada kaitan rapat dengan `sakit' ? Kita takut kepada situasi yang mana kita akan merasai kesakitan. Mengapa begitu sekali cipataan diri kita ini? Saya masih mencari. Hanya apa yang boleh saya katakan, Allah Yang Maha Mengetahui lagi Berkuasa  Ke atas segala-galaNya tidak terkecuali apa yang saya perkatakan iaitu `takut' dan `sakit.' Bersyukur kita kerana terkeluar dari landasan `takut' dan `sakit.' Yang sakit dan yang takut juga perlu beryukur. Tetapi dalam mempersoalkan `takut' dan `sakit' ramai yang takbur dengan kesenangan yang sedikit. Mereka sudah tidak memerhati dan tidak menegur. Kekuatan batiniah seseorang yang diberi kesenangan sangat menyeluruh kesedaranya termasuk kehadiran fizikal individu yang dekat dan jauh dengan nya. Tetapi mereka yang `begini' seolah olah telah lupa hala tuju hidup sebenarnya kerana asyik dengan `kemewahan' yang berupa sementara. Hanya dengan `kesakitan' mereka akan menyedari bahawa kekuatan batiniah itulah merupakan anugerah yang perlu dipraktikkan tidak mengira siapa dan bila. Sangat tersendiri kejadian dan cipataan diri kita kerana hanya dengan sedikit kita telah melupaiNya sehingga azab datang menimpa...Allah Yang Maha Besar. Kepada Mu Ya Allah saya memohon perlindungan dan keampunan.

Thursday, September 22, 2011

makin sayu dan jauh...

Semakin sayu dan jauh. Saya tidak mendengarnya lagi. Tidak terdetik lagi hati ini terhadap apa yang dia mahu dan apa yang dia hendak. Tidak seperti mana ketika baru berjumpa dan baru mengenal. Tetapi sekarang ianya sekadar satu panggilan kepada diri sendiri sahaja. Hanya kepada satu pihak.Saya hanya difahami dalam konteks peluang sementara yang sangat berkepentingan. Should I listen? Allah Yang Maha Besar Yang Berkuasa Ke atas Segala-GalaNya.

Wednesday, September 21, 2011

you are how they see you..

A very one dimensional life - I am how you see me or using a marketing theory, I am how you perceive me. A very one-sided life! Or could be just a very small fraction? A fuller life is what I personally feel about myself. But when comes to judging, I am only their opportunities. Being seen only as products and services for sale. Buying and selling situations. Being aware of the services only when I have a need for it. In Malaysia, yes I know Celcom. What about if I am in Medina? When I was there I soon found it was Mobily. Almost a year I performed my Hajj. And it takes some thinking to recall Mobily. So it is natural what they feel is not what I actually feel, but what they feel about themsleves when your name are being mentioned. I am now experiencing an interaction with a lady. You know what?  I am just nothing to her when comes to my emotion. What she sees in me are her own emotions. I bet she even do not know my full name! So should I care? So life is only bits and pieces. Hanya Allah Yang Mengenal secara Total Segala-galanya.

Tuesday, September 20, 2011

berpegang dan dipegang...

Adakah kita dipegang atau berpegang? Ada orang keseluruhan hidupnya dipegang oleh satu satu pemikiran yang sangat menyimpang dari ajaran Allah Subhanawataala sehingga hilang pedoman terhadap masa dan waktu. Pada mata kasar nampaknya dan sememangnya berjalan dengan baik. Tetapi dilihat dari perbuatan dan amalan setiap hari, mereka ini seolah-olah dipegang oleh kepercayaan karut marut.  Berpeganglah kepada ajaran Allah bukan di pegang oleh adat yang memusnahkan atau melambatkan perkembangan rezeki, hati, dan minda. Berpeganglah kepada tali Allah dan buangkan, dan lepaskan tali yang datangnya dari syaitan yang direjam. Sesungguhnya Kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan ciptaanNya yang lain. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Allahuakbar.

Sunday, September 18, 2011

masih banyak lagi benda yang kita tak tahu..

Lantas kita kena berusaha. Jangan puas dengan apa yang kita dapat. Dalam pada itu kita kena reda dengan kelemahan yang ada pada kita. Tetapi tentu kita diberi kekuatan untuk melakukan sesuatu. Adakah kita berlaku adil terhadap kesemua itu? Hanya kepada Allah Kita Mohon Perlindungan dan Pertolongan..

Saturday, September 17, 2011

Ain...

This girl named Ain has been `bothering' me for quite some time now. Strictly a micro event. Too small to have me and others together in her picture. She stands all alone by her self. Never tend to be a macro one. She and her stories never meant to be shared. Micro only on parts and far from being a whole. It is all about her. It is all  about her sadness, happiness, and dreams. Nothing else. Not a turn towards me as a person. Why must it be so? Hard to understand. Her problems are like root digging of a very big tree in the forest. Mampu ke? In the process I might be buried and sucked in. Till when it would be over? Ain. Everytime, it is only about her. and nothing else but all about her stories one after the other.Satu dimensi dan rahsia hidup yang sukar difahami.Sangat tersendiri. Lepas satu perkara kepada satu perkara. Allahuakbar.

Friday, September 16, 2011

Merdeka Malaysia...

Marilah sama sama kita membangunkan negara kita yang tercinta. Be an informative, knowlegable,  and creative citizen. Jangan simpan regrets and hatreds,  simpan duit dan simpan kawan. Jangan buat kacau, tapi fahami keperluan  buat dan pasarkan barang banyak banyak dalam dan luar negara.  Peluang berada dimana mana dan bila bila masa. Beri perkhidmatan dengan ikhlas dan lemparkan senyuman.  Dalam apa jua hal dan keadaan, bersyukur dan berdoalah kepada Allah Yang Maha Besar.

Thursday, September 15, 2011

hollow, follow, swallow..

The music is hollow. The thoughts are macro. But the effect is zero. It does not make any sense anymore? Why? I am on the verge of  taking my youth away..haha..Just kidding. It is just a micro chipping thinking exercise. Hard to folow? Just swallow it...Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-galanya. Sekecil -kecil dan sebesar besar perkara yang berlaku adalah satu ketentuan.

Wednesday, September 14, 2011

Pencipta dan dicipta....

melaluinya dan merasainya...dua perkara yang berbeza bagi dua orang dan ianya tidak boleh dikongsi..Negaraku..itulah lagu yang berkomandang di kaca TV menandakan bermulanya siaran pada hari ini. Saya mendengarnya. Tetapi halwa kepuasannya bagaimana? Saya mendengarnya dan saya merasai sesuatu. Adakah ianya dapat dikongsi dengan orang lain? Tidakkah terdengarnya lagu itu melibatkan puluhan ribu rasa dari orang orang lain selain saya? Apakah pula mereka rasai? Mereka melaluinya dan sudah pasti mereka juga merasai apa yang mereka rasa. Tetapi lagu itu hanya untuk pendengar seperti saya. Contoh buat rumah. Bukan untuk pembina rumah tetapi untuk penduduk rumah. Bukan untuk pencipta tetapi untuk yang tercipta. Adakah saya berpeluang bagi merasai peranan kedua-dua nya sekali? Saya mencipta tulisan saya pagi ini, tetapi hanya bagi pembaca yang tercipta kerana isi dan perkara yang ditulis hanya bagi mereka yang hanya merasai kepuasannya. Merekalah yang sebenarnya mencipta tulisan saya ini. Fitrahnya pembaca adalah pembaca yang hanya merasai diri mereka sendiri sahaja. Pembaca tercipta kepada sesuatu penulisan dengan sendirinya. Allah Yang Maha Besar Yang Mencipta kerana doa dari yang tercipta? Hamba Mu memohon keampunan. Hanya Allah Yang Mengetahui Segala Rahsia PenciptaanNya. Apa adakah yang dicipta menyedarinya? Wallahualam.

Tuesday, September 13, 2011

berlebih..

Berlebih daripada sepatutnya memang menakutkan. Baru baru ini saya menerima sms dari seseorang `almost everyday.' Tertanya tanya mengapa begitu berlebihan sms dia kat saya? Sebulan setengah kami ber sms dan saya hanya melayan sahaja kerana saya ini adalah seorang akademik yang suka mengaitkan satu variable dengan variable yang lain. Lagi pulak saya ini memang baik orang nya. Tak suka menguris hati orang lain. Haha. Buat research lah kononnya.Sekadar mencari kebenaran. Bertemukah saya dengan kebenaran tersebut? Ada beberapa kaitan yang saya jelmakan untuk tujuan dan ujian `research' itu. Bertemu ke saya dengan jawapannya?? Masih mencari dan memikirkan nya.Semalam dia masih ber sms tetapi tidak sekerap dulu. Jadi apa sebenarnya kaitan yang boleh dirumuskan? Iman kepada Allah ada turun naiknya. Allah Yang Maha Berkuasa Keatas Segala-galanya. Adakah kebenaran itu datangnya dengan ujian? Kepada Allah saya memohon perlindungan dan pertolongan. Perjalanan hidup tanpa taufik dan hidayat akan membuat kita menyimpang jauh dari kebenaran. Mintalah. Mohonlah. Berdoalah. Allahuakbar.

Monday, September 12, 2011

Buta ke...?

Buta huruf, buta hati, buta sejarah..suka sangat bangsa kita mengaitkan dengan perkara yang kita tak tahu itu sebagai `orang buta.' Tak apalah orang buta kalau dia melanggar kita boleh maafkan. Tapi istilah buta sejarah seakan akan memperli dan menyindir sesorang kerana kelemahan yang sepatutnya tidak. Adakah pernah dengar orang yang `buta seks?'. Takde pulak. Bila bab itu, pandai je, walaupun dalam gelap, haha. Istilah `kaki' pulak macam mana?


Kaki judi, kaki perempuan, kaki arak...mengapa istilah kaki pulak? Buruk sangat kah kaki kita ini? Mengapa tidak dilabelkan sahaja sebagai `hati judi, hati kat perempuan, hati kat arak'...Kan lebih tepat?


Dalam diri aku ini rasa ada perkara yang saya `buta' dan ada yang saya `kaki'. Tetapi sudah tentu tidak buta sejarah dan jauh sekali kaki perempuan dan kaki arak. Kaki pergi ke masjid adalah. Tapi tidak sebenarnya kaki aku yang ke masjid..sebab saya berkereta pergi ke masjid... .Islam berkata setiap langkah ke masjid akan di beri pahala...Alahai..bab ini tidak pulak aku buta. Tapi ada juga banyak perkara yang saya masih tak tahu.


Lantas walauapapun keadaan buta kita hadapi, berdoalah agar Allah akan memberi taufik dan hidayat dan membuka lembaran pemikiran yang baru..

Sunday, September 11, 2011

Tidak lagi...

Tanggungjawab ada sempadannya. Allah Maha Besar mengetahui segala rahsia kesempadanan ini. Kesempadanan mengingat sesuatu ada hadnya. Melibatkan diri dengan satu perjalanan hidup seseorang ada sempadannya. Garisan penamat itulah mengehendakkan kita bersembahyang malam memohon kepada Yang Maha Esa supaya dihidayatkan tanggungjawab yang bukan tanggungjawab kita lagi. Renungkan garisan garisan bila hendak bersuka dan masa untuk serius terhadap sesuatu tanggungjawab.  Garisan boleh buat dan tidak boleh buat. Garisan hak dan bukan hak. Kesemua ini akan mengundang keterlampauan jika tidak diperhitungkan dari sudut Allah Yang Maha Mengetahui. Ramai yang terjebak. Ramai yang terperangkap. Ramai yang menderita dan berduka. Ramai yang jatuh miskin dan merana.  Ramai yang sakit dan keperitan. Ini kerana mereka melupai kesempadanan yang di prinsipkan dari ajaran Allah Subahanawataala. Sesungguhnya dalam mencari Kebenaran, berdoalah kepada Yang Esa yang akan mengilhamkan Ketepatan dan kesempadanan kepada Segala-Galanya. Allah Yang Maha Besar.

Saturday, September 10, 2011

Menepati rasa..

Adakah saya telah menepati rasa pada ketikanya diatas jutaaan rasa yang telah dilalui? Bagi individu tertentu hanya melihatnya dari sudut kerasaan dan kekerasan hati yang hanya menguntungkan dia sahaja. Jika berlakunya pergeseran rasa dengan individu ini, saya di letakkan dalam kategori orang yang tidak mempunyai perasaan. Terasa pelik pulak! Mengapa saya selalu dibuat dan diperlakukan begitu? Hari ini mengikut kalender orang inggeris, 10 September adalah tarikh kelahiran saya. Soalan yang pertama yang saya ajukan kepada saya pagi ini adalah `all this time and ages, have I been playing big with only my own feeling?' Allah Yang Maha Besar. Hanya kepada Allah saya berserah, memohon perlindungan dan pertolongan.

Friday, September 9, 2011

biarkan..?

Rupa rupanya apa yang saya lakukan selama ini tidak ada kaitan dengan sayangnya saya kepada orang lain.  Atau ada orang lain menyangi diri ini. Rupa rupanya ia hanya untuk diri saya sendiri. Ditengok secara halus, secara peribadi, saya tidak pernah disayangi, saya tidak pernah disukai. Kalaulah ada rasa rasa begitu, ini adalah kerana sebahagian besar perasaan saya adalah kerana saya seorang yang penuh dengan perasaan kasih sayang itu.Itulah cipataan dan kejadian saya. I do things to accomodate my own self-felt feeling and emotion. And those feeling and emotion are with me since I was born to this world. It is an old story but being furnished with pacakges that spells who I am emotionally. Sympathy? A real world has never been real at all. That feeling has been all over me right from the beginning. On the outside, it is just a dry, hot and cold, bare and just generic. It does not spell anything. Yet, I still help. Why? Di atas segala-galanya adalah Kebesaran Allah. Itulah  penguasaan sebenar kepada diri saya. Itulah mulanya. Atau itu kah penyebab kepada segala-galanya? Allahuakbar. 

Thursday, September 8, 2011

Generic...

Generic. Only at that level when we first want to say about something. It is supposed to be the starting point of a lecture or a conversation. A common topic and a common point from customers of convenience products. Loses its simplicity when talking about an industrial product by an industrial buyer and an industrial producer. But still loses its complexities when seen by a common man. A threshold of understanding is different with different roles we happen to play. Sesungguhnya kita dijadikan berpasangan dan dalam konteks itu pasangan itu berpijak di muka bumi ini sama ada di bendung`simplicities' atau di bendung`complexities.' Dalam konteks `continuum' ada mula ada akhir, ada benda lama dan ada benda baru, ada ambil mudah dan ada tidak ambil mudah, dari saya dan kepada kita semua, ..Allah Menguasai ke atas Segala-Galanya.

Wednesday, September 7, 2011

would there be always a password behind a username..?

Would there be a story behind a story..? Bet they do. So is a username, there must be a password that can explain that very person you are talking to. Would there a password to a word? I am what I am. In most situations I know what I am doing and I know what I am saying. Why? Because I hold the password to the understanding. As for others it takes a trial and error to understand somebody. Why? Because that person does not allow you the luxury of his password. Everybody can grow a tree. But what kind of tree that can be planted by you? Growing something is generic. No password is required. But what is best grown by your hands? Then it needs a password. Rahsia kejadian, ciptaan dan alamraya masih banyak perkara yang belum diselongkar rahsianya.Kepada Allah kita memohon `password' supaya rahsia kehidupan dan kematian dapat difahami dengan betulnya. Allah Yang Maha Besar dan Mengetahui Segala-galanya.

Tuesday, September 6, 2011

As focused and as exact..

Despite I want it to be as exact I want it to be, it is still loosed and irresponsible if viewed from the othe side of life. My heart is created for me and not for others. Maknanya hati saya adalah untuk saya sahaja dan bukan untuk orang lain. Tidak ada perasaan yang dapat berkongsi. That is why we should be very responsible when confronting another individuals, for our heart are not his or hers. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Monday, September 5, 2011

conveniences of a day..

Conveniences of a day are more than the misfits, misdeeds, mismatch,and the inconveniences of thinking about yesterday and tomorrow. We have landed on the ground of conveniences that sets us apart from hunger and thirst. It should be all nothing but all gratefulness. Kepada Allah kita sujud kesyukuran di atas apa jua yang kita dapat rasai. Adakah merasainya merupakan nikmat?

Sunday, September 4, 2011

Enough of old pictures and old memories..

Facebook is an overdose of all those memories and all those pictures.  Is it a therapy or a poison to the weak ones? As for me I want it but I don't go for it. It is not a painkiller and neither it is a healer. It kills the good thoughts that can be of use to solve the problems of tomorrow. So enough is enough of yesterday. See tomorrow for 1 tomorrow is better than a 1000's yesterdays. Hanya Allah Yang Menentukan Segala-galanya.

Saturday, September 3, 2011

Catatan peribadi menguasai suasana...

Di sana sini diperhatikan manusia memperlengkapkan sesuatu dengan kata kata dan perbuatan peribadi lebih daripada soal ummah. Mereka sangat terpelosok dengan kisah kisah kejayaan sementara di dunia ini. Soal membeli sesuatu adalah soal perlengkapan masalah peribadi. Segala-gala yang penting dan pokok telah menjadi perkara tepian buat mereka. No longer respect the old or invites them in. Apa yang terjadi, kisah muda dan catatan peribadi mereka mengatasi segala-galanya. Apa tidaknya,  kemesraan alat alat seperti handphone dan tablet komputer menggambarkan penguasaan sebenar bukan lagi peradaban yang luhur, tetapi penguasaan alat alat peribadi sebagai penghias diri. Saya dengan merendah diri memohon kepada Allah Yang Esa supaya diberi pengampunan, pertolongan, dan perlindungan.