Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Wednesday, September 28, 2011
bukan universiti tetapi sekolah...
Semakin tua kita maka semakin kita memerlukan sekolah lebih daripada universiti. Kita perlu kepada pendidikan sekolah bagi menyerap balik nilai nilai asas yang telah dilupai apabila kita menjadi seorang manusia yang bergelar. Bergelar apa ye? Yelah apabila kita bergelar abah atau ayah, ramai yang telah melupai nilai sebenar yang patut dimilki pada seorang ayah. Ramai juga yang melupai nilai seseorang itu sebagai suami atau isteri dan suasana baru telah menegakkan nilai nilai yang sangat bercanggah dengan ajaran Islam. Pemandu kereta telah melupai nilai asas sebagai pemandu yang bertimbang rasa. Pembeli dan penjual telah bergelomang dengan dosa dan memporakperandakan dunia kekeluargaan dan ekonomi. Lantas kita melihat dunia dengan nilai nilai gilanya. Allah Yang Maha Besar telah merukunkan Ibadah Haji bagi kita merenungkan balik siapa kita, mengapa kita, dan kemana kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment