Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Wednesday, September 14, 2011
Pencipta dan dicipta....
melaluinya dan merasainya...dua perkara yang berbeza bagi dua orang dan ianya tidak boleh dikongsi..Negaraku..itulah lagu yang berkomandang di kaca TV menandakan bermulanya siaran pada hari ini. Saya mendengarnya. Tetapi halwa kepuasannya bagaimana? Saya mendengarnya dan saya merasai sesuatu. Adakah ianya dapat dikongsi dengan orang lain? Tidakkah terdengarnya lagu itu melibatkan puluhan ribu rasa dari orang orang lain selain saya? Apakah pula mereka rasai? Mereka melaluinya dan sudah pasti mereka juga merasai apa yang mereka rasa. Tetapi lagu itu hanya untuk pendengar seperti saya. Contoh buat rumah. Bukan untuk pembina rumah tetapi untuk penduduk rumah. Bukan untuk pencipta tetapi untuk yang tercipta. Adakah saya berpeluang bagi merasai peranan kedua-dua nya sekali? Saya mencipta tulisan saya pagi ini, tetapi hanya bagi pembaca yang tercipta kerana isi dan perkara yang ditulis hanya bagi mereka yang hanya merasai kepuasannya. Merekalah yang sebenarnya mencipta tulisan saya ini. Fitrahnya pembaca adalah pembaca yang hanya merasai diri mereka sendiri sahaja. Pembaca tercipta kepada sesuatu penulisan dengan sendirinya. Allah Yang Maha Besar Yang Mencipta kerana doa dari yang tercipta? Hamba Mu memohon keampunan. Hanya Allah Yang Mengetahui Segala Rahsia PenciptaanNya. Apa adakah yang dicipta menyedarinya? Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment