Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, September 23, 2011
takut...
Berbagai tafsir terhadap istilah `takut.' Kenapa kita mesti takut? Perasaan yang sangat semula jadi sifatnya. Adakah mulia sifatnya? Mulia di sisi ...? Adakah ianya ada kaitan rapat dengan `sakit' ? Kita takut kepada situasi yang mana kita akan merasai kesakitan. Mengapa begitu sekali cipataan diri kita ini? Saya masih mencari. Hanya apa yang boleh saya katakan, Allah Yang Maha Mengetahui lagi Berkuasa Ke atas segala-galaNya tidak terkecuali apa yang saya perkatakan iaitu `takut' dan `sakit.' Bersyukur kita kerana terkeluar dari landasan `takut' dan `sakit.' Yang sakit dan yang takut juga perlu beryukur. Tetapi dalam mempersoalkan `takut' dan `sakit' ramai yang takbur dengan kesenangan yang sedikit. Mereka sudah tidak memerhati dan tidak menegur. Kekuatan batiniah seseorang yang diberi kesenangan sangat menyeluruh kesedaranya termasuk kehadiran fizikal individu yang dekat dan jauh dengan nya. Tetapi mereka yang `begini' seolah olah telah lupa hala tuju hidup sebenarnya kerana asyik dengan `kemewahan' yang berupa sementara. Hanya dengan `kesakitan' mereka akan menyedari bahawa kekuatan batiniah itulah merupakan anugerah yang perlu dipraktikkan tidak mengira siapa dan bila. Sangat tersendiri kejadian dan cipataan diri kita kerana hanya dengan sedikit kita telah melupaiNya sehingga azab datang menimpa...Allah Yang Maha Besar. Kepada Mu Ya Allah saya memohon perlindungan dan keampunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment