Monday, September 12, 2011

Buta ke...?

Buta huruf, buta hati, buta sejarah..suka sangat bangsa kita mengaitkan dengan perkara yang kita tak tahu itu sebagai `orang buta.' Tak apalah orang buta kalau dia melanggar kita boleh maafkan. Tapi istilah buta sejarah seakan akan memperli dan menyindir sesorang kerana kelemahan yang sepatutnya tidak. Adakah pernah dengar orang yang `buta seks?'. Takde pulak. Bila bab itu, pandai je, walaupun dalam gelap, haha. Istilah `kaki' pulak macam mana?


Kaki judi, kaki perempuan, kaki arak...mengapa istilah kaki pulak? Buruk sangat kah kaki kita ini? Mengapa tidak dilabelkan sahaja sebagai `hati judi, hati kat perempuan, hati kat arak'...Kan lebih tepat?


Dalam diri aku ini rasa ada perkara yang saya `buta' dan ada yang saya `kaki'. Tetapi sudah tentu tidak buta sejarah dan jauh sekali kaki perempuan dan kaki arak. Kaki pergi ke masjid adalah. Tapi tidak sebenarnya kaki aku yang ke masjid..sebab saya berkereta pergi ke masjid... .Islam berkata setiap langkah ke masjid akan di beri pahala...Alahai..bab ini tidak pulak aku buta. Tapi ada juga banyak perkara yang saya masih tak tahu.


Lantas walauapapun keadaan buta kita hadapi, berdoalah agar Allah akan memberi taufik dan hidayat dan membuka lembaran pemikiran yang baru..

No comments: