Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, September 11, 2011
Tidak lagi...
Tanggungjawab ada sempadannya. Allah Maha Besar mengetahui segala rahsia kesempadanan ini. Kesempadanan mengingat sesuatu ada hadnya. Melibatkan diri dengan satu perjalanan hidup seseorang ada sempadannya. Garisan penamat itulah mengehendakkan kita bersembahyang malam memohon kepada Yang Maha Esa supaya dihidayatkan tanggungjawab yang bukan tanggungjawab kita lagi. Renungkan garisan garisan bila hendak bersuka dan masa untuk serius terhadap sesuatu tanggungjawab. Garisan boleh buat dan tidak boleh buat. Garisan hak dan bukan hak. Kesemua ini akan mengundang keterlampauan jika tidak diperhitungkan dari sudut Allah Yang Maha Mengetahui. Ramai yang terjebak. Ramai yang terperangkap. Ramai yang menderita dan berduka. Ramai yang jatuh miskin dan merana. Ramai yang sakit dan keperitan. Ini kerana mereka melupai kesempadanan yang di prinsipkan dari ajaran Allah Subahanawataala. Sesungguhnya dalam mencari Kebenaran, berdoalah kepada Yang Esa yang akan mengilhamkan Ketepatan dan kesempadanan kepada Segala-Galanya. Allah Yang Maha Besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment