Saturday, September 10, 2011

Menepati rasa..

Adakah saya telah menepati rasa pada ketikanya diatas jutaaan rasa yang telah dilalui? Bagi individu tertentu hanya melihatnya dari sudut kerasaan dan kekerasan hati yang hanya menguntungkan dia sahaja. Jika berlakunya pergeseran rasa dengan individu ini, saya di letakkan dalam kategori orang yang tidak mempunyai perasaan. Terasa pelik pulak! Mengapa saya selalu dibuat dan diperlakukan begitu? Hari ini mengikut kalender orang inggeris, 10 September adalah tarikh kelahiran saya. Soalan yang pertama yang saya ajukan kepada saya pagi ini adalah `all this time and ages, have I been playing big with only my own feeling?' Allah Yang Maha Besar. Hanya kepada Allah saya berserah, memohon perlindungan dan pertolongan.

No comments: