Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, September 30, 2011
Ibadah Haji 1432...
Kuota bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan haji kali ini dinaikan kepada 28,000 orang. Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci adalah pada 28 September 2011 dengan jemaah haji seramai 442 orang. Teringat saya kepada penerbangan KT24 iaitu penerbangan jemaah haji tahun lepas yang mana antaranya adalah saya dan isteri. Kami berlepas pada pukul 3 pagi dari KLIA dan tiba di Medina sekitar 8 pagi waktu Arab Saudi. Hari pertama di Medina dan ke Masjid Nabawi sungguh meninggalkan kesan yang tidak dapat dituliskan sehingga ke hari ini. Pesoalan utama yang bermain di kepala pada ketika itu adalah, apa yang menanti saya dan isteri di bumi Medina dan Mekah dan apabila menatap Kaabah buat pertama kalinya. Allah Yang Maha Besar. Saya telah dengan selamatnya menunaikan rukun haji Yang Ke-5. Syukur saya kehadrat Allah Subhanawataala yang telah memudahkan pemergian saya dan isteri pada musim 1431.Tetapi apa sebenarnya yang saya perolehi apabila saya berada di sana selama 46 hari? Dalam suasana haji 1432 sudah pasti mengingatkan kembali apa yang saya telah dirasakan apabila saya berada di sana. Tema yang tepat bagi menceritakan kembali adalah `penantian yang menanti'. Allah Yang Maha Besar. InsyaAllah, saya akan cuba menyingkap kembali selama masa saya dan isteri berada di sana pada musim haji tahun 1431. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment