Besok, 1 Syawal, umat Islam di Malaysia akan merayakan Hari Raya Idilfitri selepas sebulan berpuasa. Dan dalam sebulan itu juga saya seberapa yang terdaya, dengan izinNya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang, Pemurah, dan Pengasih, maka terpaparlah penulisan dari berbagai sudut pengalaman seseorang atau kumpulan , di dalam dan diluar negara. Tidak ketinggalan juga penulisan yang merupakan pengalaman yang di alami oleh saya sendiri.
Catatan demi catatan telah tertulis dan ada yang tepat ada yang tidak. Ada hanya berupa simbolik kepada persitiwa yang sudah, sedang, atau yang mungkin berlaku. Dan ada yang hanya merupakan mainan khayalan saya semata-mata.
Satu perkara yang agak ketara ialah penulisan saya dalam bahasa Inggeris. Tak tahu apa nak kata, terkadang terdengar dengan kuatnya suara hati dalam bahasa mat salleh itu. Mungkin `background' saya yang banyak terdedah kepada suasana Inggeris baik di sekolah mahu pun pendedahan saya di seberang laut dan juga kerjaya saya di Malaysia yang memerlukan berbahasa Inggeris. Atau sememangnya hati saya memiliki dua hati dan dua perasaan, Melayu dan Inggeris. Inggerislah saya bila saya berbahasa Inggeris dan Melayulah saya kalau saya berbahasa Melayu. That is me! Tak tahu lah, dan mohon maaf kepada pembaca yang menganggap saya tidak patriotik.
Akhirnya, kepada pengunjung yang telah membuat komen, terima kasih saya ucapkan kerana dengan komen tersebut dapat saya mengusahakan penulisan dan topik yang lebih tepat dan bermutu lagi. Untuk pengetahuan pembaca, saya juga telah mengunjung blog blog lain dan telah membuat komen di blog mereka. Tak tahu lah samaada komen saya tepat atau tidak. Tetapi kata orang komen tetap komen!
Di Hari Raya yang mulia ini, sama samalah kita menyambutnya dengan kadar kudrat, hati, perasaan dan wang yang ada dan termampu. Dan saya sekeluarga memohon maaf zahir dan batin jika apa apa yang tersilap tulis dan menyebabkan hati terguris.
Wassalam.