Sebut satu benda dan bertanya kepada seseorang, apa yang saudara faham? Jawapannya akan mencerminkan tahap kesediaan berfikir atas perkara tersebut atau itulah pengertian yang dimilikinya.
Dalam bidang pemasaran, kita tidak boleh mengandaikan sesuatu tanpa membuat penyelidikkan dulu. Jawapan yang datangnya dari andaian akan banyak membawa bala dari pahala.
Tunjuk pen kepada seseorang lantas dia bertanya `nak beri aku ke pen itu?' Itu respons secara spontan darinya, dan itulah kefahaman. Jadi jangan tunjuk-tunjuk pen kepada orang lain kerana pengertiannya adalah pen itu untuk disedekah walhal aku hanya sekadar nak tunjuk sahaja.
Tidaklah hairan jika topik topik cerita diblog ini telah mengundang reaksi yang berbeza dari setiap pengunjung. Tak kiralah kalau dia beri komen atau tidak. Kalau ada komen maka dapatlah saya menilai tulisan saya samada tersampai mesej yang hendak disampaikan. The varieties of comments would make me reevaluate my writing dan bertanya apakah sebabnya jadi begitu? Ada yang mentakrifkan blog ini dengan istilah `blograma' yang mana saya tidak terfikir pulak begitu. It is a positive comment indeed! Macam-macam tualang! the more the merrier!
Jadi apa mesej yang saya hendak sampaikan dengan tulisan ini? Takde, hanya saya mengulangi teknik pemasaran yang mana `the customer is always right.' Kalau begitulah penampakkan pelanggan terhadap barangan kita, maka jangan cuba cuba lakukan sesuatu yang menampakkan syok sendiri. Tak lama bankraplah syarikat itu.
Jadilah pemasar dan penjual yang bijak..explore the customer's needs first before embarking on other marekting activities...
No comments:
Post a Comment