Sengaja saya memilih topik ini untuk dijadikan renungan bagi mengingati seorang pejuang dalam satu satu industri dan sesuai dengan bidang saya iaitu pemasaran.Terkadang kita lupa akan sesuatu peristiwa kerana asyik mendendangkan lagu ala perang bagi menandakan kebebasan kita dari penjajah. Kebebasan satu perkara dan pengisian kemerdekaan adalah dua perkara yang berbeza. Wira yang berjuang dengan senjata adalah terdiri dari kalangan anak bangsa kita. Tidak begitu dengan wira ekonomi yang dapat memenuhi keperluan kita. Ia milik dunia sejagat tidak kira dari mana datangnya wira ekonomi itu. Tunku Abdul Rahman mungkin kita laungkan dengan penuh semangatsemasa menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos, juga Allahyarham Tan Sri Samad Ismail, seorang nationalis dan pejuang di segi kewartawanan. Walaupun Tunku dah lama meninggalkan kita, begitu juga Tan Sri Samad yang baru sahaja pulang ke Rahmatullah, mereka adalah wira dalam hal tertentu dan tersendiri sifatnya. Tetapi wira yang mengisi kemerdekaan dengan keperluan seperti perlunya kaki kita kepada kasut kena juga diingatkan sumbangannya.
Siapa yang tak tahu dengan kasut BATA. Thomas John Bata adalah pengasasnya. Dan dengan pemergiannya Thomas J Bata buat selama lamanya, NST telah mengingati beliau seperti berikut:
SHOE-MAKER, household name and worldwide legend Thomas John Bata, head of the Bata Shoe Organisation passed away at the Sunnybrook Health Sciences Centre in Toronto last Monday at the age of 93. The man who made famous the tagline, “First to Bata, then to School”, here in Malaysia, had taken ill after an official event on Friday night.His last words to Bata colleagues at the function was: “See you in Europe!” “That was the kind of man he was, always travelling and working for the betterment of the company,” said Bata Malaysia marketing director Datuk James Selvaraj.
Peranan kasut BATA kepada rakyat Malaysia terutama kepada generasi `baby boomers' (lahir selepas perang) sangat unik sekali. Di segi sosial, kasut BATA merupakan satu pemilikan yang dijadikan penanda aras kemajuan kepada golongan yang berada pada ketika itu. Cuba kita bertanya kepada atok atok kita apakah saat gembira yang mereka rasa apabila berada di alam persekolahan. Sudah tentu mereka katakan saat itu ialah apabila dibelikan kasut BATA selepas beberapa tahun berkaki ayam ke sekolah.
Thomas J Bata mula mengintai peluang pasaran di Malaya pada zaman sebelum merdeka lagi. Beliau mendapati ramai pekerja ladang getah yang terdiri dari kalangan orang India tidak memiliki kasut dan berkaki ayam sahaja. Tidak kurang juga orang Melayu yang juga tidak memakai kasut dan ramai yang berkaki ayam ke sekolah. Thomas J Bata nampak peluang itu!
Maka Thomas J Bata mengorak langkah dengan membuka kilang kasut BATA di Kapar Kelang dan perkembangannya hinggalah ke hari ini. Dan tidak hairanlah Pengarah Pemasaran syarikat tersebut ialah bekas pemain badminton yang handal di Malaysia ia itu Datuk James Selvaraj kerana promosi kasut BATA dan badminton adalah seiring kerana beberapa kali negara kita menjadi juara Piala Thomas. Persoalannya sekarang adakah sumbangan Thomas J Bata diingati oleh generasi muda sekarang? Mungkin tidak kerana lumrah pertumbuhan ekonomi akan beralih kepada tokoh lain pula. Saya sudahi dengan soalan ini: kenalkah anda dengan Bill Gates?

2 comments:
macam mana anda dapat mengetahui byk perkara dgn mudah ??
sarah,
kena banyak berfikir, banyak membaca bahan yang berbagai, dan kena berlatih menulis.jangan jemu...
Post a Comment