Boleh dibicara dari banyak sudut. Oleh kerana saya seorang pendidik, saya rasa senang sekali jika ianya dikupas dan diulas dalam konteks pengetahuan atau `knowledge.' Tadi pagi saya berbicara dengan para siswa dan melontarkan ungkapan `ilmu batin.' Sudah kebiasaan ungkapan begini disebut di mana mana dan difahami dengan spontan. Tidak begitu rupanya. Ada siswa yang bertanya `apa itu ilmu batin?' Selama ini ungkapan kata begini dijulang dan dijunjung dalam konteks yang mana penjodohan topik senang dicari dan dirasa. Dan siswa ini rupanya tidak menjulangnya apa lagi menjunjungnya dalam erti kata kefahaman. Saya terlupa siswa sekarang tidak seperti siswa dahulu. Apa yang dijunjung dan dijulang tidak sama lagi seperti orang dahulu dan amat malang sekali jika saya tidak menangkap cepat akan anjakan yang sedang berlaku dan apa yang sangat dirasai oleh para siswa hari ini.
Merenung ke arah mereka, ada tenungan yang destruktif sifatnya. Ada siswa yang melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat buruk yang menimpa orang lain, baik kawan apa lagi lawan. Ada renungan yang memberi interpretasi seribu makna tetapi kesemuanya menampakkan kepentingan diri yang amt memuncak. Ada renungan yang menampakkan ketidak sabaran dan kesuburan dan mereka sentiasa ke arah hendak memutuskan hubungan dengan cepatnya dengan mereka mereka yang dianggap mengongkong mereka.
Walaupun begitu, mereka tetap menjulang dan menjunjung sesuatu, tetapi dalam kontek parameter kesedaran dan kebiasaan yang jauh bezanya dari generasi yang terdahulu. Lantas dipihak saya berlakulah anjakan teknik mengajar menjurus kepada mendekatkan diri dengan perkara yang ada kaitan dengan `dijulang dan dijunjung' ini.
Walaupun begitu yang benar tetap dipertahankan dan yang jumud dihapuskan. Ada pengetahuan dan amalan merentasi semua zaman dan masa. Itu saya kena ingat supaya tidak sama terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kelam dan kabut, belah dan pecah kehidupan yang bermasyarakat. Galaxy and planetary motion and momentum tidak ada anjakan. Kalau berlaku ianya akan `mendestabilisekan' seluruh sistem kejadian, di langit dan di bumi. Persoalan besar, berjayakah kita dalam usaha memahami apa yang perlu dijunjung dan apa yang perlu dijulang?
No comments:
Post a Comment