Thursday, September 18, 2008

Komen buat Najib TPM melalui website beliau www.1malaysia.com.my


Komen ini ditulis pada malam 16 Sept 2008, sehari sebelum perlantikan beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia. http://www.1malaysia.com.my/

Pada mata kasar,negara kita aman. Berkunjunglah ke setiap bandar, aktiviti yang ternampak menggambarkan perpaduan bangsa dan kaum yang tidak tercemar oleh `pergolakan' di Kuala Lumpur yang sering dipaparkan dikaca kaca TV dan di dada suratkhabar. (Bertanggungjawab ke TV dan suratkhabar ini?)

Itu luaran nya, tetapi `gelombang minda' yang sedang berlaku dan menyeluruh pula tidak ternampak. Ianya sangat dirasai kalau kita bercakap dengan orang orang muda.Saya melihat,mungkin tidak disedari,orang-orang politik dan kerajaan suka membawa cerita lama kedalam dunia yang serba canggih dan baru ini.Hal tuntutan cuepacs, misalnya,orang orang muda ini rasa terasing dan terpisah kerana ramai antara mereka tidak kerja dgn kerajaan. Banyak lagi contoh yang boleh diberi.Fahamilah `arus perdana' pemikiran dan kerisauan mereka dalam konteks `this is my country and this is my world'.Is it?

Rata rata hidup mereka baru bermula. Mereka memerlukan perkhidmatan bas yg sempurna, perkhidmatan LRT yang tidak sesak, dan perkhidmatan lain yang menjanjikan pendapatan dan gaya hidup yang sempurna bersesuaian dgn generasi dan zaman mereka. Mereka menganggapkan itu adalah hak mereka. Dan mereka ini terdiri dari semua orang muda dari berbagai bangsa dan kaum dan suku kaum.We are facing young people yang sangat dahagakan perkara baru yg boleh menolong mereka memantapkan impian mereka dari mula mereka melangkah keluar hendak berkerja sehingga mereka melangkah pulang kepangkuan isteri atau keluarga dan dalam masa yang dijangkakan dan keadaan yang selamat.

So Datuk Seri, address more and act more on issues that affect the young people and I think you will have a safe passage to becoming a respectable Prime Minister. Beri mereka banyak peluang untuk berinteraksi sesama mereka dan dalam proses itu meningkat maju kerjaya dan kehidupan mereka.Pemberian wang tidak akan menyelesai masalah, tetapi beri mereka banyak peluang dan wujudkan pasarana lantas membuka banyak ruang dan peluang dalam bentuk pengisian apa sahaja fizikal dan mental, dan dimana sahaja, lantas akhirnya mereka akan merasai `together we are one Malaysia.." Kalau senario itu berlaku, tidak ada orang lain yang dapat mengugat kedudukan Datuk Seri. Selamat berpuasa, Wassalam.

No comments: