Kalau hendak bercerita pasal bulan puasa sudah tentu ceritanya tidak akan berkesudahan. Cuba ingatkan bulan puasa di mana anda mula berpuasa sudah tentu membawa cerita cerita yang tidak kurang hebatnya dari saya. Adakah anda betul betul berpuasa pada hari pertama anda berpuasa? Semasa bujang pula sungguh meninggalkan kenangan kerana kesulitan hendak berbuka dan hendak bersahur. Mengenangkan kembali berpuasa di zaman bujang, pelbagai cerita berbuka dan bersahur yang boleh dicatatkan. Pernah pada satu ketika di bulan Ramadan, saya hanya berbuka dengan cepati sahaja kerana tinggal berhadapan dengan kedai roti canai dan cepati. Jadi buat apa pergi jauh jauh untuk bersahur. Tidak tercakap cabaran apabila terpaksa berpuasa di negeri orang.Tentu anda ada cerita sendiri bersabit dengan bulan puasa ini. Terkadang, semasa bujang dulu, ada tertanya sama ada puasa kita di terima Allah atau tidak.
Sekarang syukur Alhamdullilah, kian meningkat usia, kematangan terhadap serba serbi telah juga meningkat. Walaupun berpuasa dalam keadaan yang lebih selesa di samping isteri, ada juga tertanya sama ada puasa aku diterima atau tidak. Maklumlah dengan tanggungjawab yang dipikul, adakala terlepas kata yang tidak seharusnya dikeluarkan. Tetapi itulah cabaran berpuasa, yang mana bulan ini selain diwajibkan berpuasa, kita hendak juga berusaha peningkatan iman terhadap Allah yang Maha Besar dengan melakukan perkara perkara yang dituntut olehNya.
Siapa kita, keadaan mana kita berada, umur kita, pengalaman kita, apabila saudara saudari sampai usia yang tertentu, pengalaman dan cabaran bulan puasa yang lepas lepas merupakan pengalaman yang sukar diselami rasanya pada ketika itu. Namun begitu, bulan puasa tetap memberi kenangan yang istimewa pada diri sendiri dan memilikki nostalgia nya yang tersendiri apabila sampai pada masanya nanti. Itulah kemanisan berpuasa dan bulan Ramadan.
2 comments:
PROF....
sory la lamer mghilang...
sehat?
hehe...
prof ??
Post a Comment