Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Tuesday, September 16, 2008
Masa senang ramailah kawan, masa susah terkapai-kapai..
Kalau susah mendapat kawan, kawan yang ada itu adalah kawan yang setia. Kalau senang mendapat kawan, kesemua mereka tidak tentu baik orangnya. Begitu juga dengan sesebuah syarikat yang sudah begitu besar, maka ramailah kawan yang kaya pula akan mendekati dan berurusan dengan syarikat tersebut. Lumrah kehidupan apabila beroleh kesenangan, dimana riak dan dimana takabur telah tidak diendahkan lagi oleh syarikat berkenaan. Tindak tanduk mereka selepas itu hanya menampakkan ketidakadilan dalam serba perkara termasuk perbelanjaan yang keterlampauan. Gaya hidup pun berubah rupa. Siang dan malam sudah hilang tanda sempadannya. Malah penerokaan kepada pasaran baru dan sangat memerlukan telah diabaikan dengan alasan remeh dan banyak kerenahnya. Bagi pelanggan yang kaya pula, mereka juga pencetus kepada masalah dan dosa. Walaupun perkhidmatan telah diberi tidak semestinya wangnya telah dibayar. Oleh kerana putaran wang terlalu besar, silap kecil boleh ditutup sebelah mata. Tapi kata orang sikit sikit lama lama jadi bukit dan bangkai gajah tidak dapat ditutup lagi. Maka tersentaklah mereka dari tidur yang bermimpi indah. Oleh kerana kawan yang setia tidak seberapa, bermulalah hidup baru bersujud kepada Yang Maha Berkuasa. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment